Pernah tak kamu terfikir tilam yang kamu guna sebenarnya penyebab sakit-sakit dan sengal-sengal badan.
Kamu telah menghabiskan sebahagian besar malam di tilam, antara 4 hingga 10 jam untuk orang dewasa. Yang mengejutkan, tidak ramai yang mempertimbangkan untuk menukar tilam mereka sehinggalah tilam tersebut nazak.
Tidur di atas tilam yang tidak berkualiti boleh menyebabkan kualiti tidur menjadi buruk. Apabila kamu tidak tidur lena, sistem imun akan terganggu.
Apabila keadaan ini berlaku, badan kamu tidak cukup kuat untuk melawan bakteria dan virus yang kemudian menyebabkan selesema, batuk dan juga komplikasi kepada jenis penyakit yang lebih teruk.
Keadaan Tilam Boleh Mempengaruhi Kesihatan
Menurut perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, keadaan tilam yang tidak elok juga akibat kepada masalah kesihatan.
Sakit Badan
- Foto – Freepik
Keadaan tilam dan bantal yang tak sempurna boleh menyebabkan tubuh badan menjadi kerap sakit. Contohnya sengal tengkuk, belikat dan pinggang. Ini disebabkan tilam tidak lagi memberi sokongan yang sesuai untuk tubuh kita.
Alahan Terjadi
Tilam boleh jadi tempat allergen berkumpul. Contohnya debu, habuk, bahan kimia. Ini boleh menyebabkan seseorang itu kerap mengalami gegata, mata berair, selsema, bersin dan asma. terutamanya semasa tidur.
Infeksi Hama
- Foto – One Bed
Infestasi kutu, pepijat, tungau dan hama boleh menyebabkan masalah kulit seperti kegatalan, ruam, dan kudis. Serangga-serangga ini boleh berpindah dari satu individu ke individu yang berkongsi tempat tidur.
Bakteria Dan Kulat
Bakteria dan kulat pada tilam boleh menjangkiti tubuh manusia dan menyebabkan masalah pada kulit, pernafasan, rambut, kuku dan sebagainya. Selain itu, spora kulat juga boleh menyebabkan keracunan.
Tanda-Tanda Kamu Kena Tukar Tilam Yang Baru
Bila sakit mula menyerang, dah tiba masanya kita tukar kepada tilam yang baru. Berikut adalah tanda-tandanya.
Tilam Berubah Bentuk
- Foto – Pinterest
Jika permukaan tilam sudah tenggelam, berbonggol-bongol atau senget sebelah, adalah tanda tilam sudah tak mampu beri sokongan yang baik pada tubuh. Selain itu, jika tilam telah jadi terlalu keras atau lembut, maka perlu tukar.
Berlubang atau Reput
Tilam dibaluti kain pelindung. Fungsinya untuk sesuatu yang tidak diingini masuk atau keluar daripada dalaman tilam. Haiwan perosak seperti lipas, kumbang, tikus, dan ular boleh bersarang dalam tilam yang dah koyak.
Tilam Berbau
- Foto – Mattress Clarity
Jika tilam tetap mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan walaupun sudah cuba dibersihkan beberapa kali, maka sudah tiba masa menggantikannya. Bauan dan wasap ini mungkin boleh membahayakan kesihatan.
Digunakan Lebih 1 Dekad
Jangka hayat tilam sebenarnya bergantung kepada material, binaan dan penjagaan tilam berkenaan. Namun, secara umum, kualiti tilam akan merosot ke tahap genting setelah sekitar 10-15 tahun ia digunakan setiap hari.
Ingat, jangan ambil ringan soal kebersihan tilam. Benda yang kamu rasa tak pentinglah boleh memudaratkan.
Selamat Beramal!