Saturday, April 17, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Makanan

Senarai Buffet Ramadan 2021 Yang Hotel Tawarkan, Semua Best!

by Malisa Aina
April 6, 2021
Foto - Sheraton PJ

Foto - Sheraton PJ

41
SHARES
406
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tahun lepas umat Islam di negara kita tidak dapat menikmati bulan Ramadan kerana pandemik Covid-19 yang mewajibkan kita duduk di rumah. Bagaimana pula tahun ini?

Nampaknya tahun ini lebih bernasib baik, kita dapat merasai puasa dengan pembukaan bazar ramadan dan buffet ramadan yang ditawarkan di hotel-hotel.

Berikut beberapa buah hotel yang menawarkan buffet ramadan sedap dengan aneka juadah memikat selera serta harga berpatutan.

Foto - Selangor Tourism

11 Hotel Di Selangor Tawar Buffet Ramadan Harga Bawah RM100

April 16, 2021
Foto - Knowhere Bangsar

Buka Puasa Di Knowhere Bangsar Kembalikan Nostalgia Balik Kampung

April 6, 2021

Wyndham Acmar Klang

Akan menghilangkan 150 juadah, antaranya kambing golek, daging biryani, ikan patin masak tempoyak, nyonya kari ikan, ayam rendang minang, bubur lambuk, sambal udang petai dan banyak lagi yang menyelerakan.

Foto – foodmsia.com

Harga Buffet ‘Nostalgia Kampungku’ seperti berikut:

  • RM138 setiap orang dewasa
  • RM128 setiap orang dewasa (untuk makan berkumpulan yang merangkumi 10 orang ke atas)
  • RM100 setiap warga emas
  • RM84 setiap kanak-kanak

Untuk tempahan, hubungi 012 590 9851 atau emel cafe@www.wyndhamacmarklang.com.

Aloft Kuala Lumpur Sentral

Bufet di sini menyajikan pelbagai hidangan kegemaran rakyat Malaysia seperti kambing bakar, rendang daging sous-vide, sup periuk, bubur lambur, sate, rojak, kerabu jantung pisang, pajeri nenas manis, nasi briyani Johor, asam pedas ikan pari, dan pelbagai lagi aneka masakan.

Foto – Aloft KL Sentral

Bufet ditawarkan pada harga RM148 seorang.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi 03 2723 1154 atau emel kulal.b&f@marriott.com.

Element Kuala Lumpur

Membawakan tema ‘Desa Vibes’, seleksi juadah terbaik kegemaran rakyat Malaysia. Juadah wajib mesti cuba seperti nasi dagang resepi istimewa chef, aneka kerabu, daging salai madu bersama nenas panggang, rendang daging minang dan bermacam lagi.

Foto – Element KL

Bufet Desa Vibes ditawarkan pada harga harga RM128 (dewasa) dan RM64 (kanak-kanak).

Untuk tempahan, sila hubungi 03 2771 3351 atau emel ke TraceRB.Elementkl@elementhotels.com.

Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown

Jangan ketinggalan menikmati hidangan dari kepelbagaian budaya dari negara China. Mi tarik dengan sup tulani berserta kepingan ayam atau daging, kambing golek jintan merupakan sajian ikonik dari Xinjiang.

IKLAN

Foto – Four Points

Hidangan tempatan seperti sup berempah tulang rawan, ikan patin tempoya, sambal udang petai, ayam percik dan macam-macam.

Bufet ditawarkan pada harga RM158 seorang. Untuk tempahan dan pertanyaan, hubungi 012 507 3327 atau emel ke dining@fourpoints.com.

Four Points by Sheraton Puchong

Four Points by Sheraton Puchong mempersembahkan ‘Tradisi Warisan’, sajian juadah asli yang menyelerakan.

Foto – Sheraton Puchong

Bufet sajian patut cuba adalah gulai kawah, sup kambing, lemang, yang merupakan air tangan istimewa chef. Sajian bufet juga menggabungkan rasa antarabangsa, seperti gerai tempura Jepun, teppanyaki dan kaunter pasta untuk sentuhan barat.

Bufet ini berharga RM145 (dewasa) dan RM72.50 (kanak-kanak berusia 4 – 12). Nak tempah, hubungi saja 03 5981 8855 atau emel eatery.puchong@fourpoints.com.

Le Méridien Kuala Lumpur

Sajian meliputi pelbagai jenis masakan dari seluruh negara ke dalam variasi santapan utama melayu. Highlight seperti kari tulang rusuk lembu utara, kambing golek dengan rempat baharah, lemang, serunding dan ketupat.

Foto – Le Meridien KL

Sajian bufet ini ditawarkan pada harga RM178 (dewasa) dan RM89 (kanak-kanak). Maklumat lanjut, hubungi 03 2267 7434 atau emel dining.lmkl@lemeridien.com.

Le Méridien Putrajaya

Ramadan ini, Le Méridien Putrajaya membawa pelbagai sajian yang cukup menyelerakan. Antaranya ialah kambing golek arab, burung puyuh penyet, roti sarang burung, daging dendeng.

Foto – Le Meridien

Bufet ini ditawarkan pada harga RM178 (dewasa) dan RM89 (kanak-kanak). Untuk tempahan, sila hubungi 03 8689 6888 atau emel dining.lmputrajaya@lemeridien.com.

The Westin Kuala Lumpur

Tahun ini, The Westin Kuala Lumpur menjemput anda datang burbuka di sana. Diketuai oleh Chef Eksekutif Halim Chek Lah, The Westin Kuala Lumpur akan membuatkan anda terpesona dengan stesen masakan secara langsung, di mana para pengunjung bakal menikmati masakan citarasa Malaysia yang asli.

Foto – The Westin KL

Berharga RM188 (dewasa) dan RM94 (kanak-kanak berusia 7-12). Sila hubungi 03 2773 8495 untuk tempahan atau emel westindining@westin.com.

Kalau rasa nak berbuka di hotel nanti, cubalah beberapa hotel yang Wanista senarai ini. Memang berbaloi harga dan makanan pun sedap.

Ramadan Al-Mubharak.

Tags: buffet ramadan 2021harga bufet ramadan hotel 2021hotel buffet ramadanramadan 2021senarai buffet ramadan
Share16SendShare

ARTIKELTERKINI

Pakar Nutrisi Kata ‘Makanan Sihat’ Ini Sebenarnya Tidak Sihat?

Nak Bersama Dalam Bulan Puasa, Ini Waktu Sesuai Kena Tahu

[Temu Bual] Wanita Pun Boleh Pakai, BOXO Jual Boxer Unisex Yang Trendy Dan Selesa!

Yoona Guna Essence Estee Lauder Ini Untuk Kulit Lembut Gebu Seperti Bayi

Kurma Ada Ulat? Ini Cara Basuh Dengan Sempurna

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.