Saturday, April 17, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Perbezaan Foundation Dan Skin Tint, Serta 7 Yang Lain

by Malisa Aina
April 6, 2021
Foto - Allure

Foto - Allure

10
SHARES
103
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Asas untuk mekap sangat mudah. Kamu perlukan foundation, bb cream, atau cushion mengikut pilihan masing-masing.

Kini timbul pula tinted moisturizer, airbrush foundation, skin tint dan macam-macam hanya untuk asas saja. Kita sebagai pembeli keliru dengan perbezaan setiap satu. Yang mana memberi litupan penuh, yang mana sekadar untuk mekap serba ringkas ataupun merawat serta melembapkan kulit.

Entry kali ini, Wanista jelaskan kekeliruan anda semua dengan perbezaan setiap asas mekap.

Foto - Arkib Wanista

Tak Nak Muka Bercapuk Lepas Guna Foundation, Dato Alha Alfa Ajar Caranya

January 8, 2021
Foto - IG yatie_sendayutinggi

Yatie Sendayu Tinggi Kongsi Teknik Buat Foundation Kamu Tak Bercapuk

November 26, 2020

Liquid Foundation

Foto – Mac

Liquid Foundation adalah asas solekan yang klasik. Menawarkan pilihan yang banyak (natural, matte, dewy). Untuk litupan pula mempunyai pilihan, dari yang penuh hinggalah ringan, jadi akan menutupi kemerahan, parut, atau bintik-bintik pada wajah.

Skin Tint

Walaupun nampak sama tetapi tidak serupa. Ia cecair ringan dan nipis yang memberi hasil kulit tampak lebih segar.

Foto – Really Ree

Skin tint adalah adalah pilihan terbaik bagi anda yang mahukan solekan natural, kerana ia memberi litupan yang minimum. Tidak memberi litupan penuh, dan masih menyerlahkan ciri-ciri unik di wajah seperti freckles. 

Tinted Moisturizer

Foto – Laura Mercier

Nampak sama macam skin tint tapi lain. Tinted moisturizer adalah pelembap dengan warna. Menyajikan tugas berganda dengan menawarkan hidrasi dan hanya sedikit litupan. Sesuai sangat untuk anda yang mahukan solekan ringkas kekal lembap berpanjangan.

IKLAN

BB Cream

Foto – Brand Nario

Asas mekap pilihan orang Korea. BB cream boleh dikategorikan multvitamin untuk wajah, biasanya mengandungi pelindung matahari, pelembap, warna. Untuk litupan, bb cream cenderung mempunyai kemasan yang dewy (kulit seakan-akan lembap).

CC Cream

Foto – Pinterest

Seperti BB, CC fokus kepada litupan, perlindungan matahari dan memberi penghidratan tambahan. Perbezaan utama CC direka untuk membetulkan warna dan kadang-kadang dapat memberikan litupan yang lebih sedikit daripada BB.

Cushion Foundation

Foto – Hooks Korea

Satu lagi inovasi k-beauty, cushion foundation menawarkan litupan yang ringan dan kemasan dewy – macam orang Korea yang mementingkan solekan lembap. Sebilangan besar merangkumi manfaat kulit yang serupa dengan BB dan CC, lainnya versi kompak saja.

Loose Powder Foundation

Foto – The Body Shop

Loose Powder Foundation adalah yang terbaik jika kulit anda berminyak, kerana sebahagian besar mineral foundation kering dan tidak akan menambahkan kelembapan pada kulit. Kebanyakan loose powder foundation mengandungi mika untuk kemasan yang bercahaya.

Powder Compact Foundation

Jika anda mahukan litupan penuh dan kemasan bebas kilauan, bedak kompak rahsianya. Sangat mudah digunakan, dan kemasan biasanya matte, yang bermaksud anda boleh skip setting powder.

Foto – Make-up Studio

Walaupun kedua produk kelihatan serupa, bedak kompak lebih berpigmen daripada setting, dan biasanya kelihatan lebih berat berbanding cecair atau krim.

Airbrush Foundation

Foto – Byrdie

Mekap jenis airbrush menggunakan kompresor yang meletakkan udara melalui pistol untuk menyemburkan terus ke wajah. Kebanyakan airbrush berasaskan silikon, yang bermaksud ia tahan lebih lama dan lebih tahan air daripada solekan biasa. Ini asas terbaik untuk solekan hari perkahwinan anda.

Jadi, selepas ini dah tak keliru lagi nak guna asas mekap yang mana sesuai dengan jenis kulit.

Selamat Beramal!

Tags: asas mekapbb creambeza foundationcc creamcushionfoundationfoundation vs skin tintskin tint
Share4SendShare

ARTIKELTERKINI

Pakar Nutrisi Kata ‘Makanan Sihat’ Ini Sebenarnya Tidak Sihat?

Nak Bersama Dalam Bulan Puasa, Ini Waktu Sesuai Kena Tahu

[Temu Bual] Wanita Pun Boleh Pakai, BOXO Jual Boxer Unisex Yang Trendy Dan Selesa!

Yoona Guna Essence Estee Lauder Ini Untuk Kulit Lembut Gebu Seperti Bayi

Kurma Ada Ulat? Ini Cara Basuh Dengan Sempurna

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.