Saturday, April 17, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

Jurulatih Pilates Kongsi Senaman Ringkas Untuk Hubungan Seks

by Sofie Azizlan
April 6, 2021
Foto - California.com

Foto - California.com

11
SHARES
108
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kamu pernah lakukan senaman atau regangan yang ringkas sebelum melakukan hubungan seks dengan pasangan?

Untuk pengetahuan kamu, melakukan senaman yang ringkas boleh meningkatkan dan memperbaiki kehidupan seks antara kamu dan pasangan.

Pada masa yang sama, senaman ini adalah untuk mengelakkan kamu dan pasangan daripada situasi yang kekok. Di mana ia boleh sebabkan kesakitan dan rasa kekejangan dalam jangka masa yang lama.

Sekiranya kamu tak pernah lakukan sebarang senaman sebelum itu, Chelsea Streifeneder iaitu seorang jurulatih pilates telah mengesyorkan kamu untuk cuba lakukan beberapa senaman ringkas ini.

Butterfly 

Ketika melakukan senaman ini, kamu boleh rasakan banyak regangan di bahagian dalam kaki.

Foto – Yahoo Canada Style
  • Baring di permukaan rata, bengkokkan lutut dan tapak kaki di permukaan lantai.
  • Kemudian buka lutut dan jatuhkan ke sisi sambil kamu tempelkan tapak kaki kanan dan kiri.
  • Balik ke posisi dan ulang beberapa kali.

(Kalau mahukan lebih regangan, letakkan tangan di sisi semasa membuka lutut dan jatuhkan ke sisi.)

Side Split 

Untuk lakukan posisi senaman ini, pastikan kamu tidak bergoyang dari sisi ke sisi atau sebelah kaki jatuh terlebih dahulu berbanding sebelah lagi.

IKLAN

Foto – Yahoo Canada Style
  • Baring di permukaan yang rata.
  • Angkat kaki ke arah siling dan letakkan tangan kamu dalam keadaan “T” di permukaan lantai.
  • Jatuhkan kaki ke sisi secara perlahan-lahan dalam posisi side split.
  • Tahan seketika dan kembali ke posisi asal.

Nak rasa lebih regangan, kamu boleh lenturkan kaki ke belakang badan. Jika memerlukan lebih banyak sokongan, kamu boleh gunakan dinding.

Knee Drops

Tujuan senaman ini adalah untuk ‘melepaskan’ bahagian bawah badan daripada tekanan supaya kamu dapat berehat dan tenang ketika melakukan hubungan seks.

Foto – Yahoo Canada Style
  • Baring di permukaan rata, bengkokkan lutut dan tapak kaki memijak lantai.
  • Tutup mata untuk rehatkan minda dan badan.
  • Ayunkan lutut ke kanan dan  kembali ke posisi asal.
  • Kemudian, ayunkan pula lutut ke kiri dan kembali ke posisi asal.

Standing Toe Touch 

Senaman Standing Toe Touch ini membantu kamu meregangkan hamstring dan menenangkan bahagian bawah badan.

Foto – Yahoo Canada Style
  • Tolak tangan ke atas dan angkat bahu.
  • Kemudian, perlahan-lahankan bengkokkan badan ke depan sehingga capai jari kaki.
  • Apabila kamu menyentuh jari kaki, tahan seketika sambil gelengkan kepala dalam keadaan “Ya” dan “Tidak” beberapa kali.
  • Tolak badan ke belakang perlahan lahan untuk kembali ke posisi asal.

Sebelum kamu melakukan senaman ini, penting untuk mengetahui beberapa perkara:

  1. Lakukan senaman ini sekali sehari.
  2. Tarik nafas dalam-dalam dan tahan sekurang-kurangnya 30 saat (atau lebih jika mampu).
  3. Jangan memaksa badan jika tidak mahu badan menjadi sakit atau terlampau letih ketika melakukan senaman ini.

Jadikan senaman ini sebahagian daripada rutin harian kamu sebelum berhubungan seks dan lakukannya secara berkala untuk mempertingkatkan lagi kehidupan seks kamu dan pasangan.

Selamat mencuba!

RUJUKAN: 1, 2

Tags: regangan sekssenaman bagus untuk sekssenaman sebelum hubungan sekssenaman sekssenaman tingkatkan kehidupan seks
Share4SendShare

ARTIKELTERKINI

Pakar Nutrisi Kata ‘Makanan Sihat’ Ini Sebenarnya Tidak Sihat?

Nak Bersama Dalam Bulan Puasa, Ini Waktu Sesuai Kena Tahu

[Temu Bual] Wanita Pun Boleh Pakai, BOXO Jual Boxer Unisex Yang Trendy Dan Selesa!

Yoona Guna Essence Estee Lauder Ini Untuk Kulit Lembut Gebu Seperti Bayi

Kurma Ada Ulat? Ini Cara Basuh Dengan Sempurna

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.