Saturday, April 17, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Tips

Wanita Kongsi Trik ‘Baiki’ Baju Yang Terkena Tisu Dalam Mesin Basuh

by Sofie Azizlan
April 7, 2021
Foto - Metro.co.uk

Foto - Metro.co.uk

10
SHARES
97
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Pernah tak pakaian sudah ‘berpusing’ dalam mesin basuh, kamu baru teringat ada tisu tertinggal di dalam poket pakaian?

Memang tak dinafikan ramai orang mengalami situasi yang sama iaitu terlupa untuk keluarkan tisu daripada poket sebelum membasuh.

Bila lihat setiap pakaian melekat dengan cebisan tisu dan berusaha untuk tanggalkan satu-satu boleh membuatkan sesiapa sahaja berasa marah dan hilang sabar.

Tapi kamu jangan risau kerana seorang wanita telah berkongsi trik untuk menyelesaikan masalah ini dan menjadikan pakaian kamu elok seperti sebelumnya.

Suami wanita ini tak sengaja masukkan sekotak tisu dalam mesin basuh

Menurut Metro, seorang wanita telah memuat naik di Facebook mengenai pakaiannya yang dibasuh terkena tisu kerana suaminya tak sengaja memasukkan sekotak tisu ke dalam mesin basuh.

Hasilnya, kesemua pakaian termasuk pakaian anak mereka turut terlekat dengan cebisan tisu-tisu yang sudah hancur.

Foto – The Shop at KonMari / Metro.co.uk

Melihatkan perkongsian tersebut, ada seorang pengguna Facebook yang lain berkongsi trik untuk tanggalkan cebisan tisu daripada pakaian menggunakan aspirin.

Mencuba cadangan pengguna itu, wanita tersebut telah mencuba dan mendapati trik tersebut menjadi dan berkesan.

Guna aspirin sebagai jalan penyelesaian 

Ketika menggunakan trik tersebut, wanita itu telah membahagikan pakaiannya kepada 2 bahagian. Setiap bahagian tersebut menggunakan 8 aspirin sebelum dicuci semula.

IKLAN

“Gunakan 8 aspirin semasa mencuci dapat mengeluarkan cebisan tisu sebanyak 70% sebelum meletakkan pakaian tersebut di pengering. Sambil-sambil itu, bersihkan penapis mesin basuh setiap 15 minit sehingga cebisan tisu itu hilang.”

Foto – Market Watch

Kalau kamu nak tahu, aspirin merupakan satu agen yang bagus digunakan untuk membuang cebisan tisu tanpa merosakkan pakaian.

Malah jika kamu tidak mempunyai aspirin, kamu boleh mengantikannya dengan soda bikarbonat kerana ia mempunyai fungsi yang sama.

Hanya 5 langkah yang mudah sahaja!

Untuk ‘membaiki’ pakaian seperti sediakala, kamu boleh membetulkannya dengan cara:

  • Langkah 1: Goncangkan pakaian kamu untuk keluarkan cebisan tisu yang besar dan bahagian pakaian kepada beberapa bahagian kecil.
  • Langkah 2: Masukkan pakaian ke dalam mesin basuh semula dan letakkan aspirin sekurang-kurangnya 4 untuk setiap bahagian.
  • Langkah 3: Masukkan secawan cuka ke dalam setiap bahagian dan basuh menggunakan air suam.
  • Langkah 4: Jika pakaian masih terlekat sisa tisu, masukkan pakaian tersebut ke dalam pengering.
  • Langkah 5: Bersihkan penapis setiap 15 minit sehingga tiada lagi tisu pada pakaian kamu.

Selain membuang cebisan tisu, kamu juga boleh gunakan aspirin untuk menghilangkan bekas peluh pada pakaian terutamanya pakaian berwarna putih.

Foto – The Spruce

Caranya:

  • Ambil 1 aspirin dan hancurkan sehingga menjadi serbuk.
  • Campurkan dengan air suam dan sebatikannya.
  • Sapu campuran tersebut ke bahagian bekas peluh pada pakaian.
  • Biarkan selama beberapa jam dan kemudian masukkan ke dalam mesin basuh.

Senangkan caranya untuk membuang tisu yang melekat pada pakaian? Kalau sebelum ini kamu terpaksa buang satu-satu cebisan daripada setiap pakaian, selepas ini cuba gunakan trik ini pula.

Selamat mencuba!

RUJUKAN: 1, 2, 3

Tags: cara buang tisu dari pakaiantrik buang tisu dari pakaiantrik buang tisu melekat pada pakaiantrik hilangkan tisu dari pakaianviral trik buang tisu pakaian
Share4SendShare

ARTIKELTERKINI

Pakar Nutrisi Kata ‘Makanan Sihat’ Ini Sebenarnya Tidak Sihat?

Nak Bersama Dalam Bulan Puasa, Ini Waktu Sesuai Kena Tahu

[Temu Bual] Wanita Pun Boleh Pakai, BOXO Jual Boxer Unisex Yang Trendy Dan Selesa!

Yoona Guna Essence Estee Lauder Ini Untuk Kulit Lembut Gebu Seperti Bayi

Kurma Ada Ulat? Ini Cara Basuh Dengan Sempurna

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.