Nak tanya, kamu tahu tak, kamu boleh guna lip balm menggantikan highlighter? Atau guna lip balm untuk mekap eyeshadow yang tahan lama?
Lip balm selain dipakai pada bibir, juga berguna untuk beberapa trik kecantikan yang ramai tidak tahu. Entry kali ini, Wanista kongsikan beberapa trik genius dengan lip balm kamu boleh praktikkan.
Daripada dibiar lip balm yang banyak-banyak expire sampai tidak terusik, lebih baik guna cara ini.
Guna Sebagai Highlighter
Cara pantas nak dapatkan kemasan berkilau pada tulang pipi? Lip balm tanpa warna akan menambahkan kilauan dan menaikkan tulang pipi pada wajah hanya dalam beberapa saat.
- Foto – Makeup.com
Kamu hanya perlu sapu seperti highlighter.
Jadikan Eyeshadow Tahan Lebih Lama
- Foto – The Balm
Gunakan lip balm kegemaran kamu sebagai asas. Konsistensinya yang halus membolehkan eyeshadow menyatu dan menjadikannya tahan lebih lama.
Mencegah Melecet Pada Kaki
Melecet yang menyakitkan boleh membuat anda benci pada sepasang tumit tinggi baru. Triknya, ambil lip balm dan gosokkan ke tumit dan sisi kaki sebelum memakai kasut.
- Foto – Medical News Today
Tekstur licin bertindak sebagai penghalang dan mencegah menggosok dan menggeleber. Sekarang, tiada lagi rasa sakit di kaki.
Rambut Nakal Yang Menjengkelkan
Sama ada di ubun kepala, rambut nakal sememangnya menjengkelkan serta merosakkan gaya rambut. Letak lip balm di antara jari dan sapu ke arah rambut dengan lembut.
- Foto – Style Caster
Ia juga akan menjadikan rambut kamu kelihatan licin dan berkilat.
Sebagai Makeup Remover
Sekiranya kamu perlu membersihkan mekap mata (seperti maskara atau eyeliner), letakkan lip balm pada kapas dan gunakan sebagai makeup remover.
- Foto – Makeup.com
Tapi pastikan tidak menggunakan lip balm yang mempunyai perisa.
Tak sangka berguna untuk mekaup remover. Kalau selepas ini terdesak, bolehlah cuba.
Semoga tips ini bermanfaat kepada kamu semua!