Saturday, April 17, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Neelofa & Fipper Jual Selipar Mesra Muslim RM79, Eksploitasi Agama?

by Mas Idayu
April 8, 2021
Foto - Twitter

Foto - Twitter

18
SHARES
176
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Lagi heboh mengenai Neelofa tetapi kali ini bukan berkaitan isu SOP majlis resepsinya, tetapi mengenai isu selipar getah yang dikeluarkannya bersama Fipper baru-baru ini dikatakan mengeksploitasi agama.

Kolaborasi TheNoor by Neelofa dan Fipper ini mengeluarkan rekaan selipar getah yang dikatakan mesra muslim, dan mempunyai rekaan tapak yang berbentuk seperti cawan, miliki perlindungan getah yang lembut dan selipar yang sangat ringan.

Difahamkan selipar viral ini dijual pada harga RM79 di pasaran, dan selipar ini hadir dengan empat pilihan warna iaitu magenta violet, pink plum-pink, violet (perfume)-violet dan juga black grey.

Foto - Instagram

Luar Biasa Baju Perkahwinan Neelofa, Serba Putih Bak Bidadari

March 28, 2021
Foto - Instagram

“Beauty With Brain”, 7 Artis Wanita Malaysia Buat Netizen Kagum!

February 7, 2021

Netizen Sembur Neelofa Eksploitasi Agama

Foto – Twitter

Sejurus pelancaran virtual selipar The Noor x Fipper tamat berlangsung pada 5 April 2021 baru-baru ini, ramai netizen mula menyembur Neelofa kerana mengeksploitasi agama dengan menggunakan perkataan mesra muslim pada selipar yang dikeluarkan itu.

Foto – Instagram The Noor by Neelofa

Bukan itu saja, rata-rata netizen menyatakan perkataan yang digunakan itu “overclaim” dan netizen merasakan sepatutnya Neelofa dan Fipper menggunakan istilah lain agar tidak mengelirukan orang ramai.

IKLAN

Foto – Instagram The Noor by Neelofa

Tidak cukup dengan itu, ada juga netizen yang mendakwa Neelofa seorang penunggang agama dan mahu perkataan mesra muslim ditukarkan kepada mesra stokin buat wanita muslimah.

Harga Selipar Mahal

Foto – Twitter

Selain hal penggunaan mesra muslim, isu mengenai harga selipar ini juga turut menjadi gosip perbualan panas netizen dan rata-rata ramai yang membandingkan harga selipar tersebut dengan selipar yang terdapat di pasaran tempatan seperti:

Selipar jenama Nike dan Muji

Foto – Twitter

Selipar jenama Adilette dan Daiso

Foto – Twitter

TheNoor by Neelofa & Fipper Jelas Maksud ‘Mesra Muslim’

Foto – Instagram Fipper HQ/The Noor by Neelofa

Dengan pelbagai cemuhan dan kritikan yang terpalit mengenai selipar ini, Fipper dan The Noor by Neelofa mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan isu penggunaan mesra muslim pada selipar getah tersebut.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan adalah maksud mesra muslim ini sebenarnya ianya adalah sesuai untuk kegunaan wanita muslimah yang memakai stokin dan pihak mereka tidak bermaksud untuk mengelirukan orang ramai.

Terdahulu netizen berasa tidak puas hati mengenai isu selebriti ini dapat merentas negeri ke Pulau Langkawi, dan kini bangkit pula isu selipar mesra muslim.

Tags: fipperfipper x thenoor by neelofakontroversi selipar getah neelofaneelofaselipar getah mesra muslimselipar getah neelofa
Share7SendShare

ARTIKELTERKINI

Pakar Nutrisi Kata ‘Makanan Sihat’ Ini Sebenarnya Tidak Sihat?

Nak Bersama Dalam Bulan Puasa, Ini Waktu Sesuai Kena Tahu

[Temu Bual] Wanita Pun Boleh Pakai, BOXO Jual Boxer Unisex Yang Trendy Dan Selesa!

Yoona Guna Essence Estee Lauder Ini Untuk Kulit Lembut Gebu Seperti Bayi

Kurma Ada Ulat? Ini Cara Basuh Dengan Sempurna

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.