Saturday, April 17, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Gara-Gara Warnakan Rambut, Wanita Ini Alami Mata Bengkak Teruk

by Sofie Azizlan
April 8, 2021
Foto - Mirror / Birmingham Mail

Foto - Mirror / Birmingham Mail

7
SHARES
66
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Memang nampak cantik sangat rambut yang berwarna. Tetapi kalau salah cara pakainya atau tidak sesuai boleh datangkan kesan yang bahaya.

Tak kiralah produk penjagaan wajah, alat solek termasuklah pewarna rambut, kamu perlu lakukan patch test terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

Seperti seorang wanita ini, Leonie Dee telah dikejarkan ke hospital setelah dia mengalami reaksi mata yang bengkak dan kulit kepala menjadi melecet.

Sudah buat patch test dan tiada reaksi alergik 

Sebelum mewarnakan rambut secara sendiri di rumah, Leonie telah melakukan patch test dan mendapati tiada sebarang kesan alergik yang berlaku.

Disebabkan oleh itu, dia telah mengambil keputusan untuk mewarnakan rambutnya dengan dua jenis warna iaitu Schwarzkopf Live Cosmic Blue dan Schwarzkopf Live Ultro Violet.

Foto – Depop

Untuk permulaannya, dia telah mewarnakan separuh rambut bawahnya dengan warna Ultra Violet dan ianya tidak menunjukkan sebarang reaksi. Selepas beberapa hari, Lionee mewarnakan pula bahagian atas separuh rambutnya dengan warna Cosmic Blue.

Memang terkejut selepas bangun tidur

Keesokkan harinya, Lionee merasakan bahagian tepi leher dan telinganya mula membengkak selepas bangun tidur.

Merasakan keadaan tersebut disebabkan oleh alergik, dia mula mengambil ubat anti-alergik dan berharap ianya akan kembali pulih. Tetapi sebaliknya terjadi apabila keadaannya menjadi makin teruk dari semasa ke semasa.

IKLAN

Foto – Small Joys / 9GAG

“Saya bangun tidur dan garisan rambut saya menjadi melecet yang teruk. Malah mata saya membengkak sehingga saya tidak nampak apa-apa.”

Dengan keadaannya yang teruk itu, Lionee dikejarkan ke hospital dan terpaksa ditahan selama 36 jam. Pada masa yang sama, dia telah dipantau dengan rapi selain diberikan steroid, tablet, krim anti-alergi dan fluid drip.

Lecet di kepala ‘meletup’ dan mengeluarkan pewarna rambut biru

Ketika ditahan di hospital, dia mengatakan lecet di kepalanya mula ‘meletup’ dan mengeluarkan pewarna biru. Sangat menakutkan!

Untuk pengetahuan kamu, Leonie mengatakan pewarna rambut biru tersebut merupakan punca kerana produk itu mengandungi bahan aktif yang sangat tinggi.

Foto – Metro.co.uk

Malah dia juga mengatakan dengan keadaannya yang teruk itu, jururawat terpaksa menutup lampu di katilnya kerana cahaya tersebut merengsakan matanya.

“Saya juga ada bertanya pada doktor sama ada perlu atau tidak saya membotakkan kepala jika ia membantu. Tetapi mereka mengatakan pewarna rambut sudah masuk ke dalam kulit kepala. Jadi saya hanya perlu tunggu sehingga bengkak dan lecet itu menjadi okay.”

Pada masa yang sama, Lionee juga diarahkan untuk duduk di hospital selama beberapa hari sehingga keadaan mata dan kulit kepalanya pulih seperti sediakala. 

Melihatkan bahan-bahan aktif yang berbahaya di dalam sebuah produk, sebagai pengguna kita perlu membaca label dan tahu apakah bahan aktif tersebut.

Bagi kamu yang sering mewarnakan rambut di rumah atau teringin lakukannya, sebagai langkah yang selamat kamu boleh pergi warnakan rambut dengan bantuan professional di salun rambut.

RUJUKAN: 1, 2, 3

Tags: kulit kepala lecet sebab warna rambutmata bengkak sebab warna rambutviral pewarna rambut beri kesan alergikwanita alami bengkak mata sebab warna rambutwanita alamii kulit kepala lecet
Share3SendShare

ARTIKELTERKINI

Pakar Nutrisi Kata ‘Makanan Sihat’ Ini Sebenarnya Tidak Sihat?

Nak Bersama Dalam Bulan Puasa, Ini Waktu Sesuai Kena Tahu

[Temu Bual] Wanita Pun Boleh Pakai, BOXO Jual Boxer Unisex Yang Trendy Dan Selesa!

Yoona Guna Essence Estee Lauder Ini Untuk Kulit Lembut Gebu Seperti Bayi

Kurma Ada Ulat? Ini Cara Basuh Dengan Sempurna

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.