Bukan semua cucuk botox menjanjikan hasil yang indah, ada sampai menjejaskan rupa paras.
Hal ini terjadi kepada seorang influencer dari Chicago, Whitney Buha telah mendokumentasikan pengalamannya dengan botox yang dicucuk di tempat yang salah, mengakibatkan satu mata terkulai dan satu mata terbuka luas.
Dedah Risiko Jalani Prosedur Kosmetik
Whitney Buha mendedahkan risiko yang timbul akibat proseder kosmetik. Berkongsi di Instagram, tiga minggu lalu dia mula perasan perubahan pada botox yang dilakukan.
Doktor meletakkan protein di tempat yang salah dekat matanya, menyebabkan mata kirinya terkulai dan mata kanan terbuka luas.
View this post on Instagram
“Ini sangat memalukan, dan saya benar-benar tidak mahu menunjukkan ini, tapi semua orang macam ‘boleh kita melihatnya?’
“Kerana kebanyakan dari anda cuba untuk melakukan botox dan tidak tahu jika perkara ini mungkin berlaku. Saya juga tidak tahu ini mungkin berlaku,” katanya dalam video sebelum menolak rambut dan mengejutkan orang ramai dengan perbezaan dramatik pada kedua matanya.
Pergi Klinik Minta Nasihat Tapi…
Wanita ini menjelaskan selepas lawatan biasa, dia melihat alis kirinya tidak setinggi alis kanan. Dia kembali ke klinik atas nasihat doktor untuk mendapatkan empat unit lagi di alis kiri dalam usaha untuk menyamakannya, tetapi sebaliknya yang berlaku.
- Foto – Instagram
“Sejak saya kembali dari klinik, inilah yang terjadi,” katanya menunjuk ke arah mata yang terkulai layu.
Penglihatan Mata Mula Terganggu
Seorang pakar menjelaskan bahawa kerana kelopak mata kirinya menutupi bahagian mata, penglihatannya terganggu. Antara ubat yang telah dicuba adalah eye patch, yang memberi panas dan getaran pada mata kirinya, dan titisan eye drop.
- Foto – Instagram
“Sekarang saya merasa mata kiri saya kelihatan hampir normal. Mata kanan masih lagi besar tapi bahagian putih mula kurang kelihatan. Saya berharap dalam beberapa minggu, ia akan terus bertambah baik setiap hari,” jelasnya lagi.
Keadaan Influencer Ini Sangat Jarang Berlaku
Kesan sampingan seperti wanita ini adalah ‘jarang dan sementara’,” kata pakar bedah plastik Adam Kolker.
Keadaan mata jatuh terkulai hanya berlaku di antara satu hingga lima peratus kes. Kesan sampingan botox yang berpotensi lain termasuk sakit kepala dan lebam ringan di tempat suntikan.
Ingat, sebelum anda bertindak nak melakukan prosedur kosmetik, dapat rujukan pakar. Takut silap hari bulan jadi begini.