“Sedihnya apply kerja, tapi sampai sekarang masih tak ada sebarang feedback.”
Panduan menulis resume mantap antara panduan wajib dikuasai setiap orang.
Tips penting adalah jangan syok sendiri dengan resume. Biasanya, kamu akan memberitahu diri sendiri, “Mungkin mereka tak perasan.” atau, “Mungkin aku tak layak.”
Tetapi, pernahkah kamu terfikir masalah sebenarnya terletak pada resume yang mungkin tidak menarik perhatian?
Netizen di Facebook kongsikan beberapa perkara yang buat HR (Human Resource) tak pandang pada resume seseorang.
Jawatan Tertera Tak Ada Kena Mengena
- Foto – The Balance Careers
Bila jawatan tentera dalam resume tiada kena mengena langsung dengan job posting di Jobstreet. Contohnya syarikat mencari technician, tapi jawatan yang diletak dalam resume adalah jurulatih badminton. Keadaan ini membuatkan HR akan reject terus.
Tak Ada Penerangan Tentang Skop Kerja
Tak ada penerangan tentang skop kerja atau kemahiran yang tertulis dalam resume. Hiring manager selalunya demand kemahiran tertentu sebelum dipanggil temuduga.
- Foto – Careers
Jadi, HR akan tapis dalam search engine Jobstreet. Kalau kita cuma tulis jawatan dan berapa lama kita kerja tanpa penerangan skop kerja, secara terangan resume tak dipandang oleh HR.
Gambar Profil Tak Profesional
- Foto – Insights
Cuba lihat balik gambar profil kamu, gambar tahun bila? Kita jangan ingat apply kerja macam nak cari jodoh. Gambar profil kenalah profesional, baru orang rasa yakin nak menggaji kamu.
Minta Gaji Yang Tak Munasabah
Selain dari demand gaji yang tinggi, ada juga yang letak RM1, bukankah itu mengarut. Jangan ingat semua syarikat ada bajet besar untuk expectation kita yang tinggi.
- Foto – Keluarga
Nak demand gaji biar berpada dan kena dengan pengalaman kerja. Cuba selidik gaji untuk pekerjaan kita dulu, biar lebih kurang dan tak lari dari syarikat lain yang berada dalam industri yang sama.
Maklumat Peribadi Ketinggalan Zaman
Entah tahu bila punya resume, kamu langsung tak update. Dengan alamat emel macam zaman MySpace, dengan nombor telefon tak cukup nombor ataupun salah.
Alamat diletaknya alamat rumah sewa lama. Macam mana nak terima tawaran kalau HR tak dapat nak hubungi kita.
- Foto – Medium
5 sebab utama ini berpotensi mematikan peluang dipanggil temuduga. Jadi, sebelum nak apply kerja, sila update resume. First impression kena bagus, biar HR yakin nak recommend resume dekat hiring manager.
Lagi satu, bila dipanggil temuduga, kena betul-betul bersedia dan faham skop kerja tersebut. Jangan disebabkan nak resume cantik dan padu, kita upah orang lain buat. Nanti bila ditanya masa temuduga, kantoi tak boleh jawab.
Selamat beramal!