K-beauty sudah cukup pioneer dalam dunia kecantikan. Sama ada kosmetik atau produk penjagaan wajah, mereka mempunyai follower serata dunia yang sentiasa menantikan inovasi baru.
Salah satunya ialah Glow Recipe, yang boleh didapati dengan mudah di Sephora. Terkenal dengan bahan utama menggunakan buah-buahan, jenama ini mendapatkan tempat di hati wanita kerana keaslian serta keberkesanan.
Menjadi produk kegemaran kerana ramuan semula jadi dan pembungkusan #InstagramWorthy, tak hairan produk terlaris mereka Watermelon Glow Sleeping Masks dijual setiap tiga minit.
Selain mempunyai beberapa produk yang berbau harum buah-buahan, jenama ini juga tidak menggunakan paraben, SLS, SLES, phthalates, atau minyak mineral.
Berikut beberapa range yang wanita obses dan mendapat pujian melambung. Tak rugi beli skincare Glow Recipe kerana memang berkesan, kulit terasa sihat dan segar sangat.
Watermelon Glow Sleeping Mask
Sleeping mask mungkin membuat anda memikirkan krim malam yang pekat, tetapi konsistensinya menyerupai gel yang terus meresap ke dalam kulit.
- Foto – Glow Recipe
Bila dipakai sebelum tidur, gabungan ekstrak tembikai yang kaya asid amino, asid hyaluronik, dan AHA, kamu akan bangun dengan kulit yang kelihatan lebih lembap.
Harga RM105 (BELI)
Banana Souffle Moisture Cream
Gabungan bahan anti-radang seperti centella asiatica dan kunyit, memberikan penghidratan berpanjangan sepanjang hari. Katanya produk ini berfungsi dengan baik untuk kulit berminyak dan mempunyai kesan menenangkan.
- Foto – Glow Recipe
Berharga RM180 (BELI)
Pineapple Glow Serum
Serum vitamin C mempunyai AHA untuk mengelupas dengan lembut dan digabungkan bersama bahan-bahan yang menghidrat dan menenangkan kulit, tidak terlalu kering.
- Foto – Glow Recipe
Selepas beberapa minggu penggunaan biasa, kulit terlihat lebih cerah, hiperpigmentasi berkurang, dan pori-pori kelihatan lebih kecil.
Harga RM230 (BELI)
Watermelon Pink Juice Oil-Free Moisturiser
Penyelesaian bagi mereka yang menginginkan kulit bersih sebelum solekan. Pelembap ringan ini menawarkan penghidratan segar dengan kelebihan ekstrak tembikai, asid hyaluronik, dan botani.
- Foto – Glow Recipe
Berharga RM180 (BELI)
Blueberry Bounce Gentle Cleanser
Selain asid hyaluronik, pembersih ini dilengkapi dengan kebaikan blueberry, bersama dengan lima buah beri lain (groundcherry, raspberry, bearberry, mulberry, bilberry) untuk memberikan antioksidan yang melindungi kulit.
- Foto – Glow Recipe
AHA membantu menghilangkan solekan dari dalam liang pori sambil menghilangkan kulit mati, mewujudkan kanvas yang sempurna untuk produk lain.
Harga RM160 (BELI)
Dengan bau yang mengharumkan pada buah-buahan dicampur ramuan aktif berkesan, skincare Glow Recipe pilihan kebanyakan wanita.
Jawapan untuk glass skin seperti Korea ada di sini!