Makin nak dekat hari raya, makin runsing ibu bapa apabila fikirkan mengenai pakaian raya anak-anak.
Dengan pelbagai jenis rekaan yang comel dan unik, para ibu bapa pasti jadi rambang mata untuk pilih pakaian raya terutamanya pakaian kanak-kanak perempuan.
Nak keluar beli belah rasa risau pula nak bawa anak-anak. Jangan risau, kalau tak mahu beli belah di butik, kamu boleh pertimbangkan beberapa kedai dalam talian ini.
LITTLE TATARA [SINI]
Dengan pelbagai corak dan potongan tradisional, set pakaian di Little Tatara memang cantik-cantik belaka! Bolehlah feeling seperti memakai pakaian tradisional yang lengkap di awal pagi raya.
LOSRA VELDA [SINI]
Menampilkan konsep vintaj dan comel dengan perincian manik di bahagian dada membuatkan si kecil kamu nampak lebih bergaya. Fabrik yang digunakan pula adalah tafetta silk yang menjadikan visual set pakaian raya ini nampak mewah.
MOTHER & CHILD [SINI]
Sesuai untuk anak-anak perempuan yang mempunyai citarasa sendiri. Kamu boleh memilih sama ada mahukan pakaian raya yang ringkas, beropol dan sebagainya.
KIWI KIWI X PADI PADI [SINI]
Pelbagai jenis corak dan ‘selera’ boleh didapati di sini. Ada peplum, ala-ala gaun atau baju kurung moden, malah baju kebaya juga dijual di sini.
JUBAH SOUQ [SINI]
Menjadi pilihan ibu bapa yang mempunyai anak yang lasak. Jahitan baju yang ‘kuat’ ini dapat mengelakkan pakaian raya anak kamu daripada terkoyak dan rosak ketika beraya.
ROSSA COLLECTIONS [SINI]
Pakaian raya bertema corak batik? Di Rossa Collection, kamu boleh dapatkannya. Memang comel dan ada pelbagai jenis corak batik yang boleh dipilih untuk disesuaikan seisi keluarga.
ZOE ARISSA [SINI]
Berpatutan dengan harga, set pakaian di Zoe Arissa ini mempunyai perincian zip yang memudahkan anak kamu, mesra wuduk dan fabrik yang tak panas.
CARA UKUR PAKAIAN KANAK-KANAK
Tak sama seperti orang dewasa, pilihan saiz kanak-kanak diukur dalam pilihan umur. Kebiasaannya, ukuran ini bermula dari umur 2 tahun sehingga 8 tahun.
Tetapi kamu perlu tahu tak semua jenama menggunakan standard ukuran yang sama. Mungkin ada yang terlebih besar atau kecil jika dibeli dalam talian.
Untuk mendapatkan ukuran yang betul dan terbaik, kamu perlu ukur:
- bahagian bahu
- bahagian dada
- bahagian pinggang
- labuh baju dan kain
Ingat, pastikan kamu lakukan perkara ini terlebih dahulu sebelum membelinya. Dalam banyak-banyak baju raya di atas, yang mana satu menarik perhatian kamu untuk si kecil pakai?