“Berani sangat sehingga tak kisah lakukan gangguan seksual terhadap tetamu secara langsung!”
Menerima kecaman yang teruk daripada pengikut dan netizen Korea, seorang live streamer iaitu EugBak telah melakukan gangguan seksual secara langsung terhadap tetamunya.
Menerusi rancangan bual bicara mukbang itu, EugBak telah menjadi mabuk dan meminta tetamunya, Oh Sangkeum untuk tidur bersamanya.
Sanggup Bayar Untuk Tidur Bersama
EugBak yang memiliki pengikut lebih daripada 1.8 juta di YouTube, telah meminta Oh Sangkeum untuk tidur bersamanya ketika rancangan itu masih berlangsung.
Mahu membayar sebanyak RM15 ribu, Oh Sangkeum dilihat sangat terkejut dan mengelakkannya dengan memukul secara ringan dan ketawa untuk menganggapnya sebagai gurauan.
Melihatkan kemabukan EugBak ketika itu, dia tidak menghiraukan rasa tidak selesa tetamunya malah terus meminta Oh Sangkeum untuk melakukannya.
Cuba Menahan Tetamu Daripada Pulang
Riak wajah Oh Sangkeum berubah secara 100% apabila EugBak terus mendesak dirinya untuk melakukan apa yang dimintanya.
Selain itu dia juga mencadangkan untuk mereka mengambil langkah yang lebih jauh untuk memulakan perhubungan sebaik sahaja siaran langsung itu tamat.
Ketika siaran langsung hampir tamat, Oh Sangkeum mula memakai topeng muka untuk meninggalkan lokasi tersebut. Tetapi EugBak memujuk untuk dia duduk dan dengar penjelasannya.
Memilih untuk bercakap secara terus terang, dia mencadangkan untuk meminta kedua-dua pengurus mereka pulang dan memberi peluang untuk mereka bersama.
Tersinggung dengan penjelasan EugBak, Oh Sangkeum dilihat terus bangun untuk memakai jaketnya dan pergi dari lokasi itu.
Tak Mengaku Lakukan Gangguan Seksual
Beberapa hari selepas itu, EugBak telah melakukan satu siaran langsung bagi ‘menjawab’ kecaman yang diberikan oleh pengikutnya dan netizen Korea.
EugBak menolak dengan keras apabila orang ramai memintanya untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka.
“Kamu meminta Raja Alam, EugBak untuk melihat kembali kesalahannya iaitu gangguan seksual? Merepek!”
Ketika siaran langsung itu, EugBak mendakwa dirinya mabuk sehinggakan tidak ingat kejadian tersebut dengan jelas. Tetapi bayaran yang diberikan itu merupakan bayaran awal yang ditawarkan pada Oh Sangkeum untuk muncul di live stream.
“Saya mengaku Oh Sangkeum sangat cantik dan saya tertarik dengannya. Saya bertindak sedemikian kerana kesunyian dan minat terhadapnya.”
Apabila seorang penonton meminta untuk EugBak jelaskan kenapa dia meminta Oh Sangkeum tidur di rumahnya, dia mengatakan meminta tidur dengan seseorang tidak sama dengan meminta mereka melakukan hubungan seks.
Pada akhir siaran langsung itu, EugBak menegaskan bahawa dia tidak akan berhenti daripada aktivitinya kerana dia tidak melakukan sebarang kesalahan.
https://www.youtube.com/watch?v=ruyjxK5xhcM
Melihatkan situasi gangguan seksual ini berlaku secara langsung, apa pendapat kamu mengenainya?