“Buka puasa nanti nak makan apa, tak ada idealah pula. Lagi satu masa Covid-19 ini, ada ke bazar ramadhan yang buka?”
Rasanya itulah kebanyakan pertanyaan yang berlegar dibenak fikiran bukan, jangan risau meskipun pendemik melanda negara kerajaan masih membenarkan tapak bazar beroperasi sepanjang bulan ramadhan ini.
Cuma seperti biasalah terdapat peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang harus para peniaga dan pembeli patuhi jika hendak membeli makanan di bazar nanti.
Nak tahu lokasi bazar manakah yang buka di sekitar Lembah Klang bagi mencari juadah berbuka puasa, jom teroka dibawah.
Waktu Operasi Bazar Ramadan Dan Bazar Aidilfitri
- Foto – Kosmo
Dipetik dari Berita Harian, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telahpun mengeluarkan garis panduan yang mana bazar ramadan akan beroperasi dari 3 petang hingga 8 malam dan manakala bazar aidilfitri pula beroperasi dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.
Lokasi Bazar Ramadan Sekitar Lembah Klang Dan Selangor
- Foto – Pinterest
Singgah bazar ramadan yang berhampiran dengan kawasan kediaman kamu sepanjang bulan ramadan ini, berikut adalah lokasi bazar mengikut kawasan.
Petaling
- Prima Damansara
- PJS 2D, Taman Medan
- Apartment Meranti, Bandar Sri Damansara
- Jalan Teknologi 3/1, Kota Damansara
- Jalan Sentosa 3/57
- Kg. Baiduri, Seksyen 51A
- Kg. Lindungan PJS 6/3
- Kg. Sg. Kayu Ara
- SS8, Sg. Way
- Seksyen 14/27 (Tapak Pasar Seksyen 14)
- Seksyen 8, Sg. Jernih
- Seksyen 17/1A
Shah Alam
- Tapak Pasar Malam, Jalan Bukit Raja 27/8, Seksyen 27
- Tapak Pasar Malam, Subang 2, Jalan U5/18A, Subang 2, Seksyen 15
- Tapak Pasar Malam, Jalan Saujana Indah, TTDI Jaya (Restoran Sidah), Seksyen U2
- Tapak Pasar Malam, Jalan Utarid U5/18A, Mah Sing, Seksyen U5
- Tempat Letak Kereta, Jalan Tun Teja B 35/B, Seksyen 35
- Tempat Letak Kereta, Jalan Nautika A U20/A (Hadapan Inn Hill View Hotel), Seksyen 20
- Tempat Letak Kereta, Jalan 1 B/2, Bandar Baru Sungai Buloh, Fasa 2 (Hadapan Pejabat Luncai Emas), Seksyen 20
- Tempat Letak Kereta, Jalan Kemuning Utama Prima E33/E (Hadapan Giant), Seksyen 33
- Tempat Letak Kereta, Jalan Pulau Lumut U10q/Q, Seksyen U10
- Tempat Letak Kereta, Jalan N U8/N (Sebelah Restoran Al-Ali), Seksyen U8
- Jalan Muara 8/9 (Hadapan Al-Hisha), Seksyen 8
- Jalan Anggerik Aranda B 31/B (Depan Pondok Polis Kota Kemuning), Seksyen 31
- Jalan Matahari U5/117, Seksyen U5
Subang Jaya
- USJ 4, Subang Jaya (Jaya USJ 4/5)
- USJ 7, Subang Jaya (Jalan USJ 7/3C – Hadapan Gerai Majlis USJ 7)
- Putra Heights (Hadapan Flat Sri Mutiara)
- Pinggiran USJ (Jalan Pinggiran USJ 1/1)
Klang
- Jalan Keretapi Lama, Batu 4, Kapar
- Jalan Raja Mokhtar, Kapar
- Jalan Penghulu Abu Bakar, Selatan Klang
- Jalan Sri Sarawak, Andalas, Selatan Klang
- Jalan Paip Meru
- Jalan 66, Pandamaran Jaya, Pandamaran
- Jalan Bukit Kuda (Depan Mydin Utara Klang)
- Jalan Rantau Panjang, Utara Klang
- Jalan Keluang, Sungai Pinang, Utara Klang
- Jalan Petola, Kampung Raja Uda, Lembah Klang
- Taman Bunga Melor, Utara Klang
- Taman Sri Pekan, Meru
- Taman Meru Selatan (Dato Bandar), Meru
- Taman Meru 4, Meru
- Taman Cempakasari, Kapar
- Taman Sungai Kapar Indah, Kapar
- Kampung Delek, Selatan Klang
- Kampung Pendamar, Pandamaran
- Kampung Idaman, Pandamaran
- Kampung Nelayan, Telok Gong, Lembah Klang
- Bandar Sultan Suleiman, Utara Klang
- Bandar Bukit Tinggi 2, Pandamaran
- Bandar Bukit Tinggi 1, Pandamaran
- Bandar Putera, Selatan Klang
- Apartment Sri Bayu, Selatan Klang
- Apartment Meru Ehsan, Meru
- Apartment Seri Perantau, Lembah Klang
- Apartment Samudera, Lembah Klang
- Johan Setia, Selatan Klang
- Pulau Indah, Lembah Klang
- Lorong Musran, Utara Klang
- Pendamar Indar, Pandamaran
- Meru Indah, Meru
Bangi/Semenyih
- Jalan 7/7B, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
- Jalan Seri Putra 1/2, Bandar Seri Putra
- Jalan 3/69, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi
- Di Jalan Seri Putra 1/3, Bandar Seri Putra (Tapak Pasar Malam Lama Selasa Dan Sabtu)
- Di Persiaran Bandar 2A, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
- Di Hujung Jalan 2/3A, Kawasan Dua, Bandar Baru Bangi
- Seksyen 1, (Berhampiran Pasaraya Billion Bandar Teknologi Kajang)
- Seksyen 4, Bandar Bukit Mahkota
- Seksyen 16, Bandar Baru Bangi
- Hadapan Asrama Kolej Polytech Mara Bangi
- Bazar Ramadahn Jalan Semenyih Sentral 1
Kajang
- Tapak Pasar Malam Kompleks Hentian Kajang
- Tapak Bazar Malam Reko Sentral 2, Jalan Reko Sentral
- Tapak Pasar Tani (Taman Ramal Indah)
- Jalan Kajang Mewah 7A, Taman Kajang Mewah
- Jalan Indah 1 (Hadapan Lot Kedai Sg. Jelok)
- Jalan Jasmin 1, Taman Jasmin
- Jalan 2A Hingga Jalan 2E, Desa Sri Jenaris
- Jalan 2, Taman Kajang Perdana
- Jalan 3/1, Seksyen 3, Taman Kajang Utama
- Jalan Hentian 1, Hentian Kajang
- Jalan Kajang Mewah 10
- Hadapan Deretan Kedai Dan Kilang IKS Sungai Jelok
- Di Belakang Tesco Batu 14
- Sepanjang Jalan Masuk Ke SMAP
- Kawasan Tanah Lapang (Tapak Funfair), Taman Kajang Prima
Gombak/Selayang
- Tapak Parkir Pasar Selayang
- Taman Wilayah Selayang Fasa 3
- Kompleks Mutiara, Batu 31/2 Jalan Ipoh
- Bazar Ramadan Selangor PPR Batu Muda
- Pasar Ramadan Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh
- Sentul Pasar
- Rumah Pangsa PKNS, Jalan Kuching
- Hadapan Flat Taman Aman Putra Jinjang Utara
Puchong/Kinrara
- Dataran Niaga Puchong Permai
- Bandar Kinrara 5 (Jalan BK 5A/1)
Serdang/Seri Kembangan
- Taman Seri Serdang (Jalan 18/35)
- Taman Equine (Jalan PP 1B)
Ikuti SOP Semasa Membeli Juadah Berbuka
- Foto – Malay Mail
Ketika membeli juadah berbuka puasa di bazar ramadan nanti pastikan SOP dipatuhi, seperti pemakaian pelitup muka, sanitizer, dan menjaga penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter ketika di bazar.
Serta tidak lupa juga mengimbas kod QR MySejahtera bagi setiap gerai bazar yang dikunjungi dan melakukan pemeriksaan suhu.
Selamat beramal!