Siapa dekat sini lebih memilih BB Cushion sebagai asas solekan?
Formula BB cushion lebih ringan dan halus nak dibandingkan dengan foundation. Lebih mudah untuk dicuci dan tidak meninggalkan sebarang kesan pori-pori tersumbat. BB cushion juga ada yang jual dalam full coverage hingga ke medium dan light mengikut pilihan.
Lagi satu yang best tentang BB cushion adalah ianya memberikan kemasan yang dewy (seakan-akan lembap) dan membuatkan wajah terlihat glowing.
Telah menggunakan pelbagai jenama BB cushion, 5 di bawah antara terbaik dengan formula dan tekstur memuas hati bila diaplikasi ke wajah. Harga pun murah dan boleh didapati di drugstore.
Pixy Make It Glow Cushion
- Foto – Bulky
Kenapa pilihan Wanista? Cushion ini mengandungi ekstrak botanical pelembap seperti minyak zaitun, jojoba dan yuzu yang memberikan kulit sihat dan bercahaya, dan menjadikan solekan sempurna.
Diformulakan dengan Light Reflection Technology yang dimuatkan ke dalam siri Make It Glow, kesan berseri dihasilkan apabila cahaya melantun dari kulit.
Semua produk dibekalkan dengan SPF antara 23 hingga 35, ditambah dengan PA ++ untuk PA +++ untuk perlindungan kulit yang optimum dari sinaran UVB dan UVA yang berbahaya, tetap utuh hingga 10 jam.
Maybelline Super Cushion Flawless Matte Cushion
- Foto – Shopee
Salah satu BB cushion terbaik dari drugstore. Dengan coverage ringan hingga sederhana yang berkesan menyembunyikan liang pori, cela, kemerahan atau garis halus, cushion mengandungi 60% air untuk memastikan kulit anda sentiasa terhidrasi semasa anda memakainya.
Dengan SPF 29 dan PA +++ menjadi dua kali ganda sebagai pelindung matahari anda, produk ini terdapat dalam dua warna, sesuai untuk warna kulit yang cerah hingga sederhana. Beli dengan harga murah di sini.
SILKY GIRL Magic BB Cushion
- Foto – Silkygirl
BB cushion ini diperkaya dengan bahan-bahan bermanfaat seperti Skin Light Complex, Eldelweiss Extract dan kaya dengan air mineral untuk menjadikan kulit kelihatan segar dan awet muda.
Tersedia dalam SPF50/PA+++ memberi perlindungan berpanjangan. Berfungsi dengan baik untuk kulit kombinasi yang berjerawat, menawarkan coverage hebat untuk bekas jerawat dan menenangkan kulit dengan sebaiknya.
Wardah Exclusive Flawless Cover Cushion
- Foto – Guardian
Wardah Exclusive Flawless Cover Cushion menawarkan kemasan semula jadi yang pasti menjadikan solekan semula jadi ada kelihatan sempurna. Hadir dalam high coverage, cushion ini dapat menyembunyikan kekurangan pada wajah, seperti bekas jerawat dan pori-pori besar.
Cushion dari Wardah ini dilengkapi dengan sebilangan formula hebat seperti minyak macadamia, ekstrak lidah buaya untuk memberikan kesan pelembab, penyerap minyak, vitamin E, UV Protection dan SPF 30 PA +++, dan Superfine Silky Particle yang menjadikan hasilnya lembut di wajah tanpa rasa cakey.
Siapa kata produk drugstore tak bagus? Tak semua produk yang mahal berkesan, kena tengok jenis kulit juga. Ada setengah produk buat solekan bercapuk dan nampak kelabu.
Sendayu Tinggi Matte BB Cushion
- Foto – Sendayu Tinggi
Satu lagi produk mampu milik berbaloi beli. Wajah glowing tanpa ‘extra oil’ dengan Sendayu Tinggi Matte BB Cushion. Cushion ini untuk anda yang miliki jenis kulit berminyak.
Matte BB Cushion SPF50PA+++ menjadi kegemaran ramai kerana teksturnya yang ringan dan tidak membuatkan kulit kelihatan berminyak. Kemasannya mampu menutup cela seakan mengenakan solekan tebal.
Ia mengandungi agen pencerahan kulit serta SPF 50 untuk melindungi kulit dari sinaran matahari di siang hari. Boleh pakai nipis bagi yang nak nampak natural atau layer bagi tebal untuk full makeup look.
Kalau rasa bb cushion drugstore memberikan solekan flawless dan membuatkan anda gembira, why not tukar sekarang. Afterall harga pun murah.
Selamat Beramal!