Miliki raut wajah yang cukup manis dan ayu, tatkala bibir mengukir senyuman terpancar jelas iras wajah seperti ibunya Puan Sri Normala Samsudin.
Siapakah gerangan wanita jelita ini? Rasanya tak ramai yang mengenali siapakah Dr. Ruhila Roslan, permata hati bekas pengacara terkenal negara Puan Sri Normala Samsudin ini bukan?
Wanita ayu ini miliki personaliti dan budi pekerti yang sama seperti ibunya, seorang yang sopan dalam berkata-kata dan miliki ilmu pelajaran yang tinggi.
Doktor Gigi Yang Ayu Dan Pernah Berkhidmat Sebagai Frontliner
- Foto – Instagram @ruhilaroslan
Siapa sangka wanita ayu dan berwajah manis ini sebenarnya seorang doktor gigi, beruntung siapa yang dapat bertemu Dr. Ruhila di klinik gigi!
Selain itu, Dr. Ruhila juga pernah bertugas sebagai petugas di barisan hadapan (frontliner) pada bulan Oktober 2020 di lapangan terbang KLIA sebagai wakil kumpulan pergigian.
Dipetik dari akaun Instagramnya @ruhilaroslan, Dr. Ruhila tidak akan pernah melupakan pengalamannya sepanjang menjadi petugas barisan hadapan.
Di mana rasa takut jika virus menjangkiti diri lalu menular kepada ahli keluarga, dan rasa tekanan yang dihadapi sewaktu berhadapan dengan orang awam dan pelbagai cabaran lain waktu itu menjadi pengalaman berharga buat dirinya.
Sudah Mendirikan Rumah Tangga
- Foto – Instagram @normalasamsudinofficial
Kalau nak tahu Dr. Ruhila baru sahaja mendirikan rumahtangga bersama insan pilihan hati iaitu Majid Nazli, pada bulan Januari lalu memang sama cantik dan sama padan kedua-dua merpati sejoli ini.
Koleksi Fesyen Yang Anggun Dan Menawan
Sudahlah miliki rupa paras yang sama cantik dan jelita persis ibunya, malah sentuhan fesyen doktor gigi ini juga cukup versatil serta bergaya. Ini antara fesyen yang menarik digayakan oleh Dr. Ruhila.
Terserlah Aura Raja Sehari Dengan Gaun Pengantin Putih Nan Suci
- Foto – Instagram @normalasamsudinofficial
Manis Berbaju Kurung Ringkas
- Foto – Instagram @ruhilaroslan
Sweatshirt Hijau Lumut Bersama Jeans Slim Fit Hitam
- Foto – Instagram @ruhilaroslan
Ranggi Macam Stail Ala Orang Arab
- Foto – Instagram @ruhilaroslan
Stailo Bergaya Dengan Jaket Denim
- Foto – Instagram @ruhilaroslan
Suka betul tengok keayuan dan fesyen Dr. Ruhila ini, memang best dan lawa-lawa!