Marshmallow Whip Maker semakin trending di TikTok dan merupakan salah satu produk Korea yang agak popular, kerana alat tersebut mampu menghasilkan buih sabun pencuci muka dengan banyak.
Ramai pengguna TikTok telah menggunakan Marshmallow Whip Maker ini, bentuknya yang kecil dan comel membuatkan ramai wanita berasa teruja buat pertama kali menggunakannya.
Tapi adakah Marshmallow Whip Maker ini praktikal digunakan?
Marshmallow Whip Maker Popular Di TikTok
- Foto – TikTok @makeupmolly1
Rupa bentuk Marshmallow Whip Maker yang berbentuk silider dan bersaiz kecil muat tapak tangan ini, membuatkan ramai wanita berasa teruja apabila pertama kali menggunakannya.
Apatah lagi, dengan pengaruh K-beauty di TikTok agak kuat ramai pengguna TikTok terjebak dan membelinya Whip Maker ini untuk dijadikan sebagai rutin kecantikan harian.
Kompilasi Penggunaan Marshmallow Whip Maker
Marshmallow Whip Maker bukan saja boleh digunakan dengan menuang krim pencuci muka sahaja, malah produk kecantikan seperti krim sunscreen, makeup remover, krim pencukur dan hasilnya terdapat banyak buih-buih putih seperti whipped cream.
Whip Pencuci Muka
@makeupmolly1 WHIPPED CLEANSER 😱😱 #whipped #skincare #kbeauty #koreanskincare #satisfying #foryou #koreanbeauty
Whip Masker Muka
@makeupmolly1 WHIPPED FACE MASK?? #kbeauty #koreanskincare #skincare #whipped #fy
Whip Makeup Remover
@makeupmolly1 WHIPPED WATER FOR SKINCARE? #kbeauty #koreanskincare #whipped #skincare #koreanbeauty #fyy #micellarwater
Whip Krim Pencukur
@makeupmolly1 WHIPPED SHAVING CREAM #koreanbeauty #koreanskincare #kbeauty #whipped #skincare #shavingcream #foryy
Praktikal Ke Guna?
- Foto – TikTok @makeupmolly1
Kalau perasan setiap video yang ditunjukan di atas menggunakan terlalu banyak kuantiti sabun dan ini menunjukan bahawa Marshmallow Whip Maker tidaklah praktikal mana sebaliknya akan membuatkan pengguna menghabiskan lebih banyak sabun dengan cepat.
Berikut adalah perbezaan menggunakan sabun banyak dan sedikit apabila menggunakan Marshmallow Whip Maker ini.
Hasil Apabila Letak Sabun Banyak
@makeupmolly1 WHIPPED SUNSCREEN 😱😱 #kbeauty #koreanskincare #koreanbeauty #whipped #sunscreen #satisfying
Hasil Apabila Letak Sabun Sikit
@makeupmolly1 WHIPPED SKINCARE #kbeauty #florencebymills #koreanskincare #fy #skincare #whipped
Sudahlah tidak praktikal, ia juga menyebabkan pembazirkan berlaku walhal jika kita menggunakan produk kecantikan seperti biasa iaitu menyapu menggunakan tangan sahaja ia sudah dapat menjimatkan produk dan tidak berlaku pembaziran.
Lagi pun cuba tanya pada diri sendiri, kamu ada masakah hendak menekan sabun dalam Whip Maker ini dan kemudian mengambil masa untuk menyapu sabun pada muka dan seterusnya nak membilas dan terkejar nak bersiap lagi.
Sebaiknya nak buat rutin kecantikan bagus lagi guna jari-jemari kita sendiri saja, lebih praktikal, cepat dan tidak membazir sabun atau sebarang produk kecantikan.
Apa-apapun ianya terpulang pada citarasa masing-masing, selamat beramal!