Tak dinafikan menyusukan bayi sememangnya meletihkan dan mencabar bagi golongan ibu.
Nampak mudah dan senang dengan hanya menyusu sambil baring atau duduk, tetapi terasa sengal dan sakitnya setiap kali bayi menyusu.
Walaupun ada bermacam-macam rintangan, susu ibu ini terbukti secara saintifik memberikan pelbagai kebaikan kepada bayi.
Bukan itu saja, selain bayi ada juga manfaatnya kepada si ibu apabila menyusukan bayi.
Melambatkan haid
Bagi ibu yang menyusu bayi mereka secara sepenuhnya (tidak bergantung pada susu formula), kebiasaannya mereka akan mengalami kedatangan haid yang lambat.
Kebanyakan ibu akan mengalami haid semula selepas 6 bulan sehingga 8 bulan selepas kelahiran. Dan ada juga sesetengahnya mengalami haid selepas setahun kelahiran.
Untuk pengetahuan kamu, situasi ini terjadi disebabkan hormon prolactin dirembes keluar. Tujuannya adalah untuk memastikan tahap estrogen dan progesteron rendah supaya tiada proses ovulasi.
Kurangkan risiko kanser
Menurut kajian yang dilakukan, ibu yang menyusukan bayinya mempunyai risiko yang rendah dalam kanser payudara dan kanser ovari.
Bukan itu sahaja, golongan ibu ini juga berpotensi untuk tidak mendapat sebarang penyakit jantung atau osteoporosis.
Kalau kamu nak tahu, ibu yang sepenuhnya menyusukan bayi selama 8 bulan mempunyai hampir risiko rendah kanser payudara sebanyak 0%.
Jika bayi perempuan, penyusuan badan dapat mengurangkan risiko kanser payudara seumur hidup terhadap anak kamu sebanyak 25%.
Boleh membakar kalori
Selain berdiet dan melakukan senaman, cara mudah untuk turunkan berat badan dengan cepat adalah menyusukan bayi.
Penyusuan bayi dapat membantu golongan ibu ini menurunkan berat badan dengan lebih cepat selepas kelahiran anak. Untuk menghasilkan susu, 1000 kalori diperlukan setiap hari.
Berdasarkan kajian yang dilakukan, golongan ibu ini akan mengalami penurunan berat badan 2 kali ganda lebih banyak daripada ibu yang tidak menyusukan bayi.
Eratkan hubungan antara ibu dan anak
Hubungan awal antara ibu dan anak terbentuk serta terjalin melalui penyusuan badan.
Apabila ibu menyusukan bayi, perembesan hormon oxytocin dan prolactin akan berlaku pada ibu. Kedua-dua hormon ini akan membantu ibu menjadi relaks dan kurang stress.
Apabila ibu tidak berasa tertekan dan gembira, ia akan membuatkan anak menjadi percaya dan selesa berada di sekitarnya.
Mencegah kehamilan dengan berkesan
Untuk pengetahuan kamu selain menggunakan alat-alat pencegah kehamilan, ibu yang menyusukan bayi juga dapat mencegah kehamilan secara semula jadi dengan berkesan.
Menurut kajian, golongan ibu ini dapat menjarakkan kehamilan dengan berkesan pada 6 bulan pertama selepas kelahiran bayi.
Tapi kamu perlu tahu yang ianya berkesan hanya pada ibu yang menyusu bayi dengan aktif, kerap dan tidak datang haid sejak melahirkan.
Bagi golongan ibu yang perlu menjarakkan kehamilan atas cadangan dan nasihat doktor, jangan sesekali bergantung kepada situasi ini sebagai ‘alat’ pencegah kehamilan.
Proses pemulihan selepas bersalin berlaku dengan cepat
Nak cepat sembuh ketika proses berpantang? Senang sahaja, kamu hanya perlu menyusukan bayi ketika proses ini.
Ini kerana uterus kamu akan mengecut dengan lebih cepat bagi mengawal pendarahan yang berlaku. Pada masa yang sama ia boleh kembai kepada saiz yang sama seperti sebelum ini.
Bagi ibu yang mengalami kekejangan abdomen ketika uterus mengecut dan kembali ke tempat asalnya, jangan risau kerana ia normal.
Untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi, jangan anggap fasa ini sebagai fasa menyakitkan atau berasa tertekan kerananya. Anggap sahaja ianya sebagai sebuah pengalaman yang manis.
Untuk ibu yang menyusukan anak, jangan anggap proses ini sebagai fasa menyakitkan kamu atau berasa tertekan disebabkan olehnya.
Anggap sahaja ianya sebagai sebuah pengalaman yang manis antara kamu dan anak.