Wanita mana yang tidak rasa tertekan, rendah keyakinan diri, dan sentiasa rasa beremosi tatkala melihat wajah di cermin begitu mengerikan dengan jerawat merah merata di seluruh kulit muka.
Pasti punah rasa hati melihat wajah yang dulunya bersih tanpa sebarang masalah kulit dan jerawat, kemudian secara tiba-tiba di serang dengan masalah jerawat yang sangat teruk begini.
Lebih 10 Tahun Merana Masalah Jerawat Teruk
@annamarmen All I needed was @skincarebyhyram 🥺😭 #acneskincare #skincarebyhyram #improvingeveryday #ThisIsBliss
Seorang pengguna TikTok bernama Anna-Marie Armendariz berkongsi video masalah kulit berjerawat yang dialaminya menerusi akaun TikToknya @annamarmen, kompilasi gambar muka yang penuh jerawat yang sangat teruk membuatkan pengguna TikTok yang lain rasa tergamam.
Masalah Kulit Berjerawat Teruk Kerana…..
- Foto – TikTok @annamarmen
Setelah melihat video kompilasi wajah Anna dalam tempoh 10 tahun lalu, ramai pengguna TikTok yang lain bertanya mengapa wajahnya mengalami masalah kulit yang begitu teruk.
Berdasarkan maklumbalas Anna di ruangan komennya, masalah kulit berjerawat yang dialaminya adalah kerana berkaitan dengan masalah hormon.
Kulit Kembali Flawless Lepas Guna Produk CeraVe
- Foto – TikTok @annamarmen
Berikutan itu, ramai pengguna TikTok yang lain bertanya apakah rahsia kulitnya kembali sihat, licin dan tiada kesan jerawat di muka semuanya hilang seperti magik.
Menurut maklumbalas Anna di ruangan komen TikToknya, dirinya menggunakan produk CeraVe bagi menghilangkan masalah jerawat muka yang teruk itu dan hasilnya sangat mengejutkan.
- Foto – TikTok @annamarmen
Apatah lagi, dalam video kompilasi wajah berjerawat selama 10 tahun itu Anna ada menyatakan bahawa dirinya telah menjalani pelbagai jenis rawatan, mencuba pelbagai produk dan ubat tetapi tiada kesan.
Anna tidak berhenti mencuba mencari produk yang sesuai untuk kulitnya, dan akhirnya menemui produk CeraVe yang mampu menghilangkan masalah kulit jerawatnya setelah mencubanya.
Step By Step Hilangkan Jerawat Macam Magik
@annamarmen #duet with @annamarmen please stop questioning if my progress is real, it is. #skincarebyhyram
Berdasarkan apa yang dikongsikan Anna di ruangan komen TikToknya, kunci rahsia untuk menghilangkan masalah jerawat yang teruk sepertinya adalah dengan menggunakan ini:
- Langkah Pertama: Guna CeraVe Hydrating Facial Cleanser [Tekan Sini]
- Langkah Kedua: Guna CeraVe Moisturizing Cream [Tekan Sini]
- Langkah Ketiga: Banyakan Minum Air
- Langkah Keempat: Tukar Sarung Bantal Dua Kali Seminggu
Pelaburan Kecantikan Jangka Masa Panjang
- Foto – Lifestyle Asia
Produk CeraVe merupakan produk dermatologi yang disyorkan pakar dermatologi, dan juga orang ramai yang telah menggunakannya.
Rata-rata produk CeraVe ini boleh didapati menerusi pembelian secara dalam talian dan stor farmasi atau klinik tempatan, dari segi harga kebanyakan produk CeraVe dalam lingkungan RM39.00 hingga RM215.00 mengikut jenis produk yang dipilih.
Siapa yang mengalami masalah jerawat muka seperti Anna, mungkin produk CeraVe ini mampu menjadi penyelamat diri.