Masalah kulit seperti jerawat diakui mimpi ngeri setiap wanita. Banyak cara boleh kita lakukan untuk merawatnya, tapi kalau masih tak jalan, biasa kita akan mengambil pil kerana keberkesanannya. Kalau bercakap pasal pil, pil anti jerawat accutane sering diperkatakan.
Pil Anti Jerawat Accutane
Accutane mengandungi bahan aktif isotretinoin. Isotretinoin adalah vitamin A yang biasa digunakan dalam rawatan jerawat ekstrem.
Bahan aktif tersebut dapat mengatasi masalah jerawat dengan mengurangkan pengeluaran kalenjar minyak dan keratin pada kulit.
Accutane diambil melalui mulut, biasanya sekali atau dua kali sehari selama 16 hingga 20 minggu. Ia mengurangnya kalenjar minyak sehingga lebih sedikit minyak dihasilkan.
Accutane umumnya sangat berkesan dalam membantu mencegah parut dengan jerawat yang teruk. Selepas rawatan selama 16 hingga 20 minggu, jerawat akan hilang (atau hampir sepenuhnya).
- Foto – Insider
Walau bagaimanapun, bagi sesetengah orang, jerawat akan kembali, dan mereka memerlukan rawatan tambahan dengan isotretinoin.
Walaupun membantu, ia juga boleh menyebabkan kesan sampingan. Kesan sampingan ringan yang kelihatan bila makan pil seperti bibir kering, kulit kering, mata berasa kering dan hidung juga kering. Tapi terdapat juga risiko yang lebih besar.
Pada Wanita Hamil
Untuk wanita yang hamil atau cuba hamil, anda harus elak daripada menggunakan isotretinoin walau seteruk mana pun masalah jerawat. Ini kerana mengambil ubat ini semasa mengandung membawa risiko kecacatan kelahiran yang sangat tinggi.
Kesihatan Mental Terganggu
- Foto – Forbes
Jarang-jarang berlaku, tapi isotretinoin dikatakan boleh menyebabkan masalah kesihatan mental yang serius. Ini termasuk kemurungan, psikosis (kehilangan sentuhan dengan realiti), dan mempunyai pemikiran atau tindakan untuk membunuh diri.
Reaksi Alahan
Isotretinoin boleh menyebabkan reaksi alahan yang serius. Berhenti mengambil isotretinoin jika anda mengalami ruam, tompok merah, atau lebam di kaki atau demam.
Masalah Penglihatan Mata
- Foto – Health
Dilaporkan, ubat ini dikatakan boleh menyebabkan masalah penglihatan seperti kabur, penglihatan berganda, dan penglihatan yang sempit. Isotretinoin juga boleh menyebabkan mata anda mengeluarkan lebih banyak air mata daripada biasa.
Kerosakan Pada Organ
Ubat ini berpotensi merosakkan organ dalaman anda? Organ tersebut merangkumi hati, pankreas, usus, dan esofagus (tiub yang menghubungkan mulut dan perut anda).
Masalah Sendi Dan Otot
- Foto – Medical News Today
Isotretinoin juga boleh menyebabkan sakit pada tulang, sendi, otot, dan ligamen anda. Ia juga dapat menghentikan pertumbuhan tulang panjang pada remaja, yang boleh memberi kesan kekal.
Peningkatan Tahap Kolesterol
Dilaporkan, isotretinoin dapat meningkatkan kadar lemak dan kolesterol dalam darah anda. Semasa rawatan, doktor mungkin mencadangkan ujian darah secara berkala untuk memeriksa tahap lemak dan kolesterol anda.
Ruam
Walaupu jarang berlaku, ruam yang disebabkan oleh isotretinoin boleh menjadi serius. Berhenti menggunakan isotretinoin jika mempunyai gejala seperti konjungtivitis, ruam dengan demam, lenguh di lengan atau kaki, kulit mengelupas, luka di mulut, tekak, hidung, atau mata.
- Foto – Labmuffin
Ringkasnya, isotretinoin sangat berkesan untuk merawat jerawat ekstrem tetapi mempunyai beberapa kesan sampingan dan berbahaya, lebih-lebih bagi wanita hamil. Sama seperti semua ubat, anda hanya boleh mengambilnya atas nasihat doktor.