Heboh di TikTok bila mana ramai pengguna wanita menyatakan kombinasi antara minyak zaitun dan vaseline, dapat membesarkan payudara mereka.
Boleh dikatakan minyak zaitun dan vaseline merupakan antara produk yang laku keras sejak kombinasi kedua-dua bahan ini mampu membesarkan payudara wanita.
Tapi betulkah apa yang dikatakan oleh pengguna TikTok tersebut? Ikuti kupasan penuh di bawah.
Pengaruh Trend Minyak Zaitun Dan Vaseline
Boleh dikatakan pengaruh dan trend penggunaan minyak zaitun dan vaseline di TikTok sangat kuat, ramai yang terikut dengan trend ini dan menyangkakan kombinasi kedua-dua produk ini memang boleh membesarkan payudara dengan berkesan.
Dengan hanya menyapu vaseline yang telah dicampurkan bersama minyak zaitun di payudara, serta mengurut payudara mengikut arah jam membuatkan ramai wanita terpedaya dengan trend kombinasi ini.
https://www.tiktok.com/@mommybeauty_/video/6944041452418682114?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
https://www.tiktok.com/@kak_mila/video/6946005817657167106?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Betul Ke Minyak Zaitun Dan Vaseline Boleh Besarkan Payudara?
- Foto – TikTok @mommybeauty_
Melihat penggunaan minyak zaitun dan vaseline semakin popular di TikTok, ramai wanita yang mengikuti trend di TikTok ini berpusu-pusu mencari minyak zaitun dan vaseline di farmasi dan drugstore berhampiran kediaman masing-masing.
Meski ramai yang terpengaruh dengan trend ini tapi ada juga yang bertanya sama ada cara ini betul ataupun tidak, lagi pun inidividu yang mengakui cara ini berkesan hanya sedikit bilangannya.
Dr. Ingky Kongsi Jawapan Sebenar
@dr_ingky #stitch with @kak_mila kaedah ni tak berfungsi
Menurut Dr. Ingky, hanya dengan menyapu minyak zaitun dan vaseline pada payudara tidak akan besarkan saiz payudara wanita.
Apatah lagi, kombinasi ini hanya akan membuatkan diri seperti berilusi dan menyangka payudara menjadi besar dek kerana kulit payudara nampak hidrat dan bersinar.
Cara Besarkan Payudara
- Foto – First Cry Parenting
Jadi lepas ini kaum wanita kena semak dulu dengan yang pakar, sebelum nak beli apa-apa produk kombinasi yang trending di media sosial. Tambahan lagi, untuk besarkan payudara secara semulajadi wanita boleh menggunakan kaedah lain seperti ini:
- Rajin mengurut payudara
- Guna kaedah terapi hyro, iaitu selepas mandi bilas payudara dengan air hangat selama satu minit. kemudian bilas payudara lagi sekali menggunakan air sejuk selama 20 saat.
- Lakukan senaman seperti push up, plank up, dan chest fly selama 15-s0 minit.
- Jaga pemakanan banyakkan makan kekacang, ikan, buah avokado, sayur brokoli, sayur kobis dan juga buah-buahan.
- Dan jaga berat badan yang seimbang dengan bersenam selama 30 minit sehari dapat membentuk dan membersarkan payudara.
Selamat beramal!