Hari ini rasa nak berbuka puasa di luar, tapi dekat mana yang banyak aneka makanan disertakan dengan harga berpatutan.
Kalau boleh yang bawah RM100, bukan apa banyak hotel-hotel sekitar Lembah Klang menawarkan buffet ramadan dengan harga agak ‘cekik darah’, melampau sangat.
Tahun ini, terdapat pelbagai hotel yang menawarkan juadah buffet serta promosi makanan dan minuman sepanjang bulan ramadan di Selangor yang boleh dinikmati seisi keluarga serta sahabat handai.
Tenera Hotel
Hotel Tenera menawarkan buffet ramadan Tujuh Kawah di mana ia menyajikan pelbagai menu kasah seperti keurtuk daging, rendang, kambing bakar, satay, kuih-muih dan banyak lagi.
- Foto – Hotel Tenera
Harga seorang dewasa adalah RM 78. Bufet Ramadan ini berlangsung dari 14 April hingga 11 Mei 2021 dan bermula 6:30 petang hingga 10:30 malam di Restoran Selasih Garden.
Mardhiyyah Hotel & Suite
Mardhiyyah Hotel & Suites mengalu-alukan kedatangan bulan suci Ramadan dengan hidangan bufet yang memikat, sajian tempatan dan antarabangsa.
- Foto – Selangor Tourism
Harga dewasa ialah RM 99 dan pembelian 10 orang dengan harga RM 990 bersih layak mendapat 1 baucar penginapan di Bilik Deluxe selama 2 hari 1 malam.
Park Inn by Radisson (Sepang) Putrajaya
- Foto – Selangor Tourism
Park Inn by Radisson (Sepang) Putrajaya menyajikan lebih daripada 100 hidangan asli selain menonjolkan masakan tempatan dan antarabangsa. Senarai harga adalah RM 78 seorang untuk dewasa dan RM 58 untuk kanak-kanak.
Pegasus Hotel
Hotel yang mewujudkan konsep moden seni retro terletak di Shah Alam ini menawarkan menu bufet ramadan dengan pelbagai jenis hidangan yang menyelerakan.
- Foto – Selangor Tourism
Hotel Pegasus turut menawarkan hidangan istimewa setiap hari iaitu kambing bakar, sate ayam dan daging. Harga bagi seorang dewasa adalah RM 88 dan RM 44 untuk kanak-kanak.
Hilton Garden Inn Puchong
- Foto – Selangor Tourism
Hotel yang terletak berdekatan dengan IOI Mall Puchong ini menyajikan bufet ramadan pada harga harga RM 88 untuk seorang dewasa dan RM 44 untuk kanak-kanak. Tetamu boleh menikmati juadah berbuka puasa Selera Warisan Bonda bersama yang tercinta di restoran The Garden Grille.
Geno Hotel
- Foto – Selangor Tourism
Bufet Tradisi Ramadan di Geno Hotel terletak berhampiran dengan kawasan perindustrian di Shah Alam. Anda boleh menikmati pelbagai aneka hidangan di hotel tersebut dengan hanya membayar RM 88/dewasa, RM 55/warga emas yang berumur 65 tahun ke atas dan RM 40/kanak-kanak.
Holiday Villa Hotel
- Foto – Selangor Tourism
Juadah Ramadhan Tradisi Desa yang menghidangkan lebih daripada 50 hidangan. Senarai harga adalah RM 88 seorang untuk dewasa, RM 55 untuk warga emas dan RM 44 untuk kanak-kanak
Empire Hotel
- Foto – Selangor Tourism
Empire Hotel yang terletak di Subang menawarkan Sajian Citarasa Kampung. Senarai harga adalah RM 55 seorang untuk dewasa, RM 45 untuk warga emas dan kanak-kanak.
Avenue Garden Hotel
Avenue Garden Hotel ingin mewar-warkan bufet ramadan di sini kembali menjamu anda dengan membawa tema Dari Dapur Cik Abang yang disediakan oleh pasukan chef yang pakar dalam masakan melayu asli.
- Foto – Selangor Tourism
Dapatkan harga serendah RM 58 untuk dewasa dan RM 48 untuk kanak-kanak jika membuat tempahan awal sebelum 16 April 2021.
Acappella Suite Hotel
Tempahan berbuka puasa di Acappella Suite Hotel bermula 16 April ini dengan hanya RM 60 untuk dewasa dan RM 42 untuk kanak-kanak. Buat tempahan sekarang dan datang bersama keluarga anda untuk menikmati juadah berbuka puasa yang sangat melazatkan.
- Foto – Selangor Tourism
Dorsett Grand Subang Hotel
Santapan Iftar di Dorsett Grand Subang Hotel yang terletak di Subang Jaya ini menawarkan menu berbuka puasa yang menyelerakan. Bermula dari 16 April hingga 12 Mei 2021, ia terbahagi kepada dua set iaitu Santapan Mubarak dan Santapan Barokah.
- Foto – Selangor Tourism
Santapan Mubarak berharga RM98 untuk dewasa dan kanak-kanak RM88, Santapan Barokah pula RM78 dewasa dan RM68 untuk kanak-kanak.
Setiap pengunjung diingatkan untuk mematuhi garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara.