Kadang kala rasa macam nak putus asa bila lihat rambut gugur bergumpal-gumpal di tangan atau di lantai.
Sudah banyak duit dihabiskan untuk mencuba pelbagai produk. Tetapi tak ada satu pun yang berkesan dalam jangka masa yang panjang.
Bagi kamu yang belum putus asa untuk cari penyelesaian, cuba dulu alat ini yang viral di TikTok.
Nak rambut idaman? Guna alat ini
Dikenali sebagai Matt, hairtsylist ini telah berkongsi mengenai satu alat yang membantu dirinya mendapatkan rambut yang sihat, tak gugur dan lebat.
Matt yang telah menggunakan alat pengurut kepala ini telah mengatakan alat ini memberi banyak manfaat kepada mereka yang mempunyai masalah berkaitan dengan kepala dan rambut.
“Banyak manfaatnya! Alat ini berfungsi untuk bersihkan akar rambut dengan mendalam, merangsang sel kulit kepala, buang sel kulit mati dan kelemumur. Dan paling best rambut tak lagi gugur.”
@mattloveshair why did I wait so long to try this🤔 feels like my favorite stylists scrubbing my scalp at the salon #shampoo #shampoobrush #scalpmassage
Untuk pengetahuan kamu, alat pengurut kepala ini sesuai untuk digunakan oleh setiap jenis rambut dan masalah kulit kepala.
“Alat ini nampak macam menyakitkan”
Berharga kurang daripada RM30, alat pengurut kepala ini memang berkesan dan menjadi salah satu penyelesaian terbaik bagi ramai orang.
Walaupun ianya kelihatan seperti paku, tetapi sebenarnya alat ini tidak menyakitkan. Ini kerana alat ini diperbuat daripada silikon lembut.
Silikon lembut ini sesuai untuk digunakan pada kulit kepala dan ia mampu membuang dan mengelupaksan kepingan atau sel kulit mati dengan berkesan.
Tanpa memberikan sebarang ketidakselesaan atau kerengsaan, alat ini membuatkan kamu rasa seperti hairstylist sedang mengurut kulit kepala di salun.
Untuk menggunakannya, kamu perlu meletakan beberapa pam syampu di atas alat pengurut kepala dan urut ke kulit kepala dalam gerakan membulat selama beberapa minit. Kemudian, bilas seperti biasa.
Banyak maklum balas positif mengenainya
Menerusi video TikTok yang dikongsi oleh Matt, ramai yang memberikan maklum balas yang positif mengenai alat ini.
“Saya ada alat ini dan sangat mengesyorkannya!”
“Saya suka alat ini. Kulit kepala menjadi lebih bersih dan rambut mula lebat sejak menggunakannya.”
Malah ada juga yang berkongsi mengenai alat ini di TikTok.
@mrdeals_ My head is tingling ⚡️ 🤯- PRODUCT LINK IN BIO! #amazon #amazonfinss #fyp #foryoupage #beautyhacks #scalpmassage #headmassage
https://www.tiktok.com/@quintymirjam/video/6951365728012438790?referer_url=https%3A%2F%2Fmaneaddicts.com%2F&referer_video_id=6825622800917728517&refer=embed&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
@yourbesthair ✨Scalp massager ✨ Must have product, I am in love ❤️ ❤️❤️ #hairtiktok #hairroutine #hairhack #scalpmassage
Bagi yang selalu menghadapi rambut gugur dengan banyak setiap kali sikat atau syampu, kamu patut membelinya.
Kepada yang sudah gunakan alat ini, apa maklum balas kamu? Cuba kongsikan dengan Wanista.