Dalam bulan ramadhan amalan memakan buah kurma sudah menjadi satu kemestian, apatah lagi buah ini terkandung banyak khasiat serta manfaat kesihatan pada tubuh badan.
Wanista nak tanya sikit, biasanya sebelum sahur dan selepas berbuka adakah kamu basuh dahulu buah kurma tersebut sebelum makan atau keluarkan dari kotak buah kurma dan terus makan?
Nak tahu kenapa Wanista bertanya adalah kerana, buah kurma ini sebenarnya mempunyai ulat dan kotoran pada permukaan buah tersebut. Kalau tak percaya jom selidik di bawah.
Ada Bendasing, Kotoran Dan Ulat Bakteria
@azween_muzani Kurma ada ulat kena cuci dulu. #ramadhan #ramadhantiba
Melihat video yang dimuatnaik oleh pengguna TikTok ini, menunjukan buah kurma yang disangkakan bersih sebenarnya mempunyai kotoran, bendasing serta bakteria yang tidak dapat di lihat dengan mata kasar manusia.
Bila ada kotoran, pastinya ulat bakteria juga menghinggapi permukaan kulit buah kurma ini. Jadi bagus sebelum makan, buah kurma ini di basuh dengan air bersih terlebih dahulu.
Ramai Mengakui Baru Tahu
- Foto – TikTok @azween_muzani
Hakikatnya memang ramai orang memakan buah kurma secara terus tanpa membasuhnya terlebih dahulu, dan hal ini terbukti bila mana ramai yang mengakui di ruangan komen dengan menyatakan mereka memang memakan buah kurma tersebut tanpa membasuhnya.
Cara Bersihkan Buah Dengan Sempurna
- Foto – TikTok @azween_muzani
Berdasarkan video yang ditunjukan, cara membasuh buah kurma sebenarnya snagat mudah dan ringkas. Berikut merupakan cara membasuh buah kurma dengan betul dan sempurna:
- Keluarkan semua buah kurma dari kotaknya dan letak kurma dalam besen atau mangkuk yang besar untuk dicuci.
- Kemudian tabur garam di atas buah kurma dan isikan dengan air penuh dan biarkan selama 10-15 minit.
- Tapis buah kurma dan kamu dapat lihat banyak bendasing dan kotoran keluar dari buah kurma.
- Bilas lagi sekali buah kurma dengan air bersih, biarkan buah kurma kering dan simpan dalam bekas.
Jadi lepas ini amalkan membasuh buah kurma sebelum makan, meski sebelum ini tidak berlaku sebarang masalah kesihatan sebab tak basuh buah kurma. Tapi apabila buah di basuh bersih, hati kita pun sedikit sebanyak akan rasa yakin dan selamat untuk memakannya.
Selamat beramal!