Kecantikan Yoona, memberi dari Girls Generation memang sentiasa diperkatakan. Sampaikan ada wanita sanggup berhabis wang ringgit bagi mendapatkan rupa paras Yoona.
Berbekalkan fizikal tinggi lampai, kurus dan kulit putih lembut dan gebu, dari mula debut sampai sekarang wanita 30 tahun ini kelihatan sama saja. Yang berbeza, kulitnya makin putih dan berkaca.
Mesti ramai nak tahu, apalah yang Yoona pakai kulit dah macam bayi, lembut dan gebu semacam. Yoona kata dia tak lupa essence bila melakukan rutin penjagaan wajah.
Lagi pula Korea negara empat musim, jadi penting untuk menjaga kulit agar kekal lembap, dan essence ini berikan apa yang Yoona mahu.
Pilihan Yoona Estee Lauder Micro Essence Skin Activating Treatment Lotion
Estee Lauder Micro Essence Skin Activating Treatment Lotion merupakan essence yang disesuaikan untuk pasaran Asia. Essence dengan tekstur berair ringan yang anda sapukan pada kulit selepas pembersihan dan sebelum serum dan pelembap.
- Foto – Estée Lauder
Ia membantu meningkatkan tahap penghidratan kulit anda serta menguatkan penghalang kulit sehingga kulit terlebih lebih sihat dan bersinar.
Essence-in-lotion ini dikatakan menguatkan asas kulit supaya kulit terlihat muda dan glow dari luar.
Terbukti Dalam 2 Minggu Kulit Hidrasi Dan Lebih Lembut
- Foto – Estée Lauder
Telah diuji dan terbukti hanya dalam dua minggu, kulit lebih terhidrat, lebih halus dan lembut. Hanya dalam 4 minggu, 94% wanita mengatakan kulit mereka kelihatan lebih sihat dan cantik.
Komen Pengguna Yang Telah Menggunakan Micro Essence
Rata-rata pengguna yang menggunakan Estee Lauder Micro Essence berpuas hati selepas seminggu dan ada yang masukkan ke dalam rutin harian. Lagi-lagi yang kulit kombinasi dan sensitif, produk ini tidak merengsa dan rasa selesa bila digunakan.
- Tidak Menyebabkan Breakout Dan Iritasi, Sesuai Untuk Kulit Kombinasi Dan Sensitif
- Foto – Sephora
- Kesan Hidrasi Yang Memuaskan Hati
- Foto – Sephora
Cara Guna Micro Essence
Cara nak guna produk ini ada dua cara yang memang berkesan. Dengan menggunakan kapas dan tangan saja. Dengan kapas, dap secara perlahan-lahan dari tengah ke luar. Mulakan dagu dan bergerak ke atas ke pipi dan dahi. Jangan apply sampai beri tekanan pada kulit.
Tangan pula, tuangkan lima atau enam titis Micro Essence dan gosokkan tangan bersama-sama. Tekan perlahan-lahan Micro Essence ke kulit dari tengah ke luar. Mulakan dari dagu dan bergerak ke atas ke pipi dan dahi.
Memandangkan Estee Lauder produk mewah jadi harganya agak mahal. Tapi kalau beli sekarang, anda boleh dapat harga berpatutan, klik saja link ini.
- Foto – Estée Lauder
Dah tahu rahsia glass skin Yoona, apa lagi beli sekarang.