Biasanya bila masuk bulan ramadhan mulalah pasangan suami isteri, terutamanya yang baru saja mendirikan rumahtangga mengeluh kesah.
Sebab apa? Sebab di fikiran sudah terbayang susah dan rasa leceh nak bersama dengan pasangan masing-masing sepanjang bulan ramadhan ini.
Sebenarnya tak susahpun nak melakukan hubungan intim sepanjang bulan ramadhan, apa yang penting kamu dan pasangan tahu waktu yang sesuai. Macam mana nak tahu wkatu yang sesuai, jom intip di bawah.
@bungazetyratumontok KORANG SUKA PILIH WAKTU YG MANA 1 bulan puasa ni? #fyp #tips #petua #tiktokmalaysia #tiktokviral #fypp
♬ Leave The Door Open – Bruno Mars & Anderson .Paak & Silk Sonic
Waktu Pertama: Jam 8.00 Malam Keatas
- Foto – Pinterest
Kenapa waktu ini sesuai sebab segala urusan berkaitan solat tarawih masa ini sudah selesai dikerja, dan bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga inilah waktu yang sangat sesuai untuk bersama tanpa sebarang gangguan.
Waktu Kedua: Selepas Jam 3.00 Pagi
- Foto – Pinterest
Pasangan yang melakukan hubungan intim pada waktu ini bagus juga sebab apa selepas selesai urusan, bolehlah suami isteri terus lakukan solat sunat hajat dan solat sunat tahajjud. Nikmat bersama dapat, nikmat ganjaran pahala pun dapat.
Waktu Ketiga: Waktu Nak Masuk Tidur
- Foto – Pinterest
Waktu seperti ini, biasanya suami isteri akan habiskan masa dengan berbual kosong dan berkongsi apa saja yang dilakukan sepanjang hari di kamar.
Dan dalam masa yang sama, waktu ini jugalah yang sesuai untuk kamu dan pasangan hangatkan ranjang tanpa sebarang gangguan.
Waktu Keempat: Boleh Bincang Dengan Pasangan Masa Yang Sesuai
- Foto – Pinterest
Adakalanya berkomunikasi mengenai hal dalam kain bersama pasangan akan membuatkan diri berasa malu dan segan, tetapi untuk menikmati kepuasan serta kebahagian bersama kamu dan pasangan harus bersikap lebih terbuka dan berterus-terang.
Terutamanya hal berkaitan hubungan intim, kamu dan pasangan boleh bincang dan rancang waktu atau masa yang sesuai untuk bersama agar kerja masing-masing tidak terganggu dan diripun mendapat rehat yang secukupnya.
Selesai Urusan, Jangan Lupa Mandi Wajib
Seronok-seronok juga tapi selesai urusan jangan lupa mandi wajib kalau tidak terlepas pula puasanya, jadi masing-masing harus saling mengingati dan jangan buat-buat lupa atau melengah-lengahkan urusan mandi wajib.
Bagus terus mandi wajib setelah selesai bersama, agar tidak berlaku masalah terlupa atau dibelenggu rasa malas pula nanti.
Diharap ilmu yang dikongsikan ini dapat beri sedikit sebanyak pencerahan buat semua, selamat beramal♥