Bagi sesetengah orang, mereka sering diberitahu bahawa ‘makanan sihat’ ini sebenarnya membantu mengurangkan berat badan dan berikan nutrien yang secukupnya.
Sangat popular dalam kalangan individu sedang berdiet atau menjaga pemakanan, pakar nutrisi telah mengatakan yang sebaliknya.
Beberapa makanan ini dikatakan sihat tetapi pakar mengatakan ianya tidak sihat dan tak patut dimakan setiap hari.
Nak tahu apakah ‘makanan sihat’ yang tersebut, teruskan membaca sehingga habis.
SALAD
Selama ini sesiapa sahaja yang mahu turunkan berat badan atau menjaga makanan, mesti akan makan salad sebagai gantian kepada makanan lain.
Sebenarnya salad ini tidak mengandungi nutrisi seperti apa yang dibayangkan. Ini kerana kebanyakannya tidak mempunyai serat, protein dan lemak sihat.
Malah salad yang mengandungi keju juga dapat menaikkan jumlah kalori yang berlebihan bagi seseorang individu.
YOGURT
Kalau baca di mana-mana laman web, yogurt ini memang memberi pelbagai kebaikan dan manfaat kepada kesihatan.
Walaupun yogurt memberikan nutrisi seperti kalsium dan protein, tetapi yogurt berperisa tidak boleh dimakan dengan kerap.
Ini kerana yogurt berperisa sering dimasukkan dan mengandungi jumlah gula dan bahan pemanis yang berlebihan.
GRANOLA
Popular dalam kalangan pendaki, makanan ringan granola ini sebenarnya tidak sihat seperti apa yang digambarkan.
Memiliki nilai khasiat yang sedikit, sebahagian besar granola ini mengandungi mentega, pelbagai jenis gula, lemak dan kalori.
Bergantung pada jenis jenama, setiap satunya mengandungi jumlah kalori yang berbeza. Apabila kamu mengambil granola dalam diet harian, berkemungkinan ia boleh melebihi jumlah kalori yang sepatutnya.
Jika mahu makan, baca label terlebih dahulu dan pilih granola yang rendah gula dan beberapa ramuan makanan yang sihat.
DIET SODA
Diet soda ini sebenarnya bukan membantu kamu mengurangkan keinginan terhadap makanan manis atau menurunkan berat badan.
Malah diet soda ini sangat ‘berbahaya’ pada kesihatan. Kalau kamu nak tahu, diet soda mengandungi pemanis buatan yang bahaya pada usus dan aspartame yang berbahaya pada otak.
PROTEIN BARS
Dikatakan sebagai makanan ringan yang sihat, protein bars ini sebenarnya diproses dengan kompleks. Kemudian ramuannya pula telah ditambah dengan banyak bahan buatan dan gula.
Jadi protein bars ini sebenarnya boleh dianggap sebagai gula-gula yang menggunakan nama yang sihat sahaja. Malah protein bars ini akan meningkatkan lagi berat badan dan keingin terhadap makanan bergula.
JUS BUAH-BUAHAN
Ramai yang percaya bahawa jus buah-buahan sebenarnya sihat kerana mereka berasal dari buah yang segar.
Tetapi sebenarnya tidak menyihatkan. Ini kerana jus buah telah mengeluarkan serat yang diperlukan oleh badan ketika diproses. Dan air jus yang kita sering lihat itu sebenarnya adalah sisa buah yang mengandungi jumlah gula yang tinggi.
OATMEAL BERPERISA
Oatmeal berperisa sememangnya sedap dan sering menjadi hidangan sarapan pagi. Tetapi sebenarnya hidangan ini bukan pilihan terbaik untuk memulakan hari kamu.
Untuk pengetahuan kamu, sepaket oatmeal mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi dan bahan buatan. Jika diambil dengan kerap, ia boleh membahayakan kesihatan seseorang individu.
Jika kamu mahu jadikan hidangan ini sebagai makanan menurunkan berat badan, kamu perlu elakkan. Malah gunakan oatmeal yang tidak berperisa dan jadikannya sebagai overnight oatmeal untuk menurunkan berat badan dengan berkesan!
Tak dinafikan, memang ramai yang mengalami salah faham dan mengambil beberapa makanan di atas ini untuk menjalani kehidupan yang sihat.
Selepas ini, cuba untuk elakkan dan sekiranya membeli belah di pasaraya, baca terlebih dahulu label untuk mengetahui sama ada ianya bagus atau tidak untuk kesihatan.
Selamat beramal!