Cuba beritahu Wanista, siapa sahaja yang tak mahu kelihatan awet muda sepanjang masa?
Dalam banyak-banyak trik, ada seorang wanita telah berkongsi mengenai trik pelik yang membuatkannya menarik dan lain daripada yang lain.
Seorang influencer iaitu Si Si Shoffman telah berkongsi di Instagram mengenai rahsianya kelihatan muda menggunakan bahan semula jadi.
Katanya hanya menggunakan susu badan (colostrum) sahaja?
Sapu Sahaja Susu Badan Di Muka
Menerusi klip video pendek yang dikongsi, Si Si telah ‘menyuntik’ wajahnya dengan picagari yang mengandungi colostrum .
Kemudian dia telah menyapu colostrum di seluruh permukaan wajahnya sebelum menambahkan pelembap bagi mengekalkan kelembapan.
“Sebelum kamu gunakannya, keluarkan dari peti sejuk dan cairkan dahulu colostrum dalam picagari tersebut sekurang-kurangnya setengah jam sebelum guna.
Apabila sudah cair, gunakan sebanyak separuh sahaja colostrum tersebut dan sejukkan bakinya untuk digunakan pada waktu malam pula.”
Menurut Si Si, dia telah menyediakan colostrum untuk wajahnya setiap hari dengan menyimpannya di dalam picagari berisipadu 1ml di dalam peti sejuk.
Susu Badan, Agen Anti Radang Semula Jadi
“Saya telah menggunakan colostrum yang merupakan susu badan yang dihasilkan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan. Dan kesannya sangat positif.”
Di Instagram, Si Si telah berkongsi pelbagai kebaikan colostrim pada wanita dan salah satunya adalah anti radang.
Secara semula jadinya, anti radang ini mengandungi faktor pertumbuhan yang menjadikan kulit dihasilkan semula. Malah ia juga mengandungi sifat anti penuaan.
“Ia akan merangsang pengeluaran bakteria normal yang sihat di mana ia akan melawan bakteria yang bermasalah iaitu hampir seperti probiotik semula jadi.”
Untuk pengetahuan kamu, colostrom juga dapat membantu ketidakseimbangan horrmon ketika digunakan pada kulit wajah.
Apa Kata Kajian Pula?
Menurut kajian Indian Journal of Pediatrics, bovine colostrum (susu lembu) merupakan bahan anti penuaan yang sangat kuat. Di mana ia mengandungi tahap pertumbuhan epithelial yang tinggi berbanding dengan colostum manusia.
“Faktor pertumbuhan di dalam colostrum manusia sama seperti colostrum lembu.”
Jadi, colostrum manusia ini dapat merangsang pertumbuhan, membantu regeneration dan mempercepatkan pembaikan otot asli yang sudah tua, kolagen kulit, tulang dan tisu saraf.
Walaupun ianya bagus untuk kulit, tetapi lebih baik kamu utamakan bayi kerana colostrum mengandungi banyak manfaat baik kepada mereka.
Ramai Yang Teruja Dengan Trik Pelik Tersebut
Melihatkan perkongsian klip video pendek tersebut, ramai pengguna Instagram lain berasa ‘teruja’ mengenai trik tersebut.
Menurut kamu pula macam mana? Sanggup menggunakan colostrum pada wajah?