Sama ada brazilian wax, mencukur atau membiarkan sahaja bulu rambut di bahagian intim adalah pilihan peribadi seseorang individu.
Bagi kebanyakan perempuan mereka lebih gemar melakukan brazilian wax berbanding dengan mencukur.
Bukan sahaja mencabut bulu rambut dari akar, malah ia juga memerlukan masa sekurang-kurangnya 3 minggu ke 4 minggu untuk tumbuh kembali.
Untuk mereka yang mahu lakukan brazilian wax buat pertama kalinya atau mahu bertukar tempat, cuba kunjungi beberapa lokasi ini di sekitar KL.
Sakit Sangat Ke Brazilian Wax?
Bagi mereka yang pertama kali melakukannya, brazilian wax ini sedikit menyakitkan. Ini kerana ia mencabut bulu rambut dari akar di bahagian depan faraj, di bahagian luar sekitar faraj dan sekitar punggung.
Tetapi lama-kelamaan apabila kamu sudah terbiasa melakukan brazilian wax ini, ianya tidak menyakitkan seperti pertama kali. Malah kamu tidak akan menjadi panik dan hanya tenang sahaja.
Macam Mana Nak Kurangkan Sakit?
Selain itu, untuk mengurangkan rasa sakit ketika melakukan brazilian wax, kamu boleh lakukan beberapa perkara ini:
- Pastikan bulu rambut panjang sekurang-kurangnya 1/4 inci. Jika panjang lebih daripada 1/2 inci, trim terlebih dahulu.
- Exfoliate bahagian faraj dan punggung yang mempunyai bulu rambut.
- Elakkan pengambilan kafein sebelum melakukan brazilian wax
- Pakai pakaian dalam yang mempunyai fabrik kapas dan breathable untuk tidak memberikan tekanan pada bahagian intim.
- Boleh ambil ubat tahan sakit sekurang-kurangnya 30 minit sebelum melakukannya.
Boleh Ke Kalau Lakukan Brazilian Wax Ketika Datang Haid?
Untuk pengetahuan kamu, jangan sesekali melakukan brazilian wax ketika datang haid. Ini kerana badan kamu berada dalam mode keradangan dan sangat sensitif.
Pada masa yang sama, terlalu banyak hormon dirembeskan daripada badan. Kesannya, bahagian intim yang sensitif ketika ini boleh membuatkan kamu mengalami kesakitan dua kali ganda berbanding biasa.
Lokasi Brazilian Wax Di Sekitar KL
Jangan risau bagi mereka yang tidak tahu di manakah lokasi brazilian wax yang berbaloi dan best. Entri kali ini, Wanista akan kongsikan dengan kamu beberapa lokasi rawatan ini di sekitar KL.
STRIP Ministry Of Waxing
Alamat: Lot T062, 3rd Floor Mezzanine, Mid Valley Megamall, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur
Tempah: [TEKAN SINI]
WAX CANDY
Tempah: [TEKAN SINI]
BUBBLE GUM WAX
Alamat: 1st Floor, No. 54, Jalan Maarof, 59100 Kuala Lumpur
Tempah: [TEKAN SINI]
BRAZILIAN PRO WAXING SALON
Alamat: 11, Jalan Solaris 3, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tempah: [TEKAN SINI]
PINK PARLOUR MALAYSIA
Alamat: Sunway Velocity Mall Wilayah Persekutuan, 55100 Kuala Lumpur
Tempah: [TEKAN SINI]
Tunggu apa lagi? Berhenti mencukur setiap minggu dan lakukan brazilian wax sekarang juga! Bagi mereka yang sudah lakukannya, kongsikan dengan Wanista apa pengalaman kamu.