Wanita biasanya apabila sedang hangat bercinta, kadang-kala tidak sedar yang sebenarnya hati dan mata telah dikaburi dengan cinta palsu sang jejaka.
Tipu helah lelaki yang pakar memerangkap jiwa dan perasaan wanita, membuatkan ramai wanita sanggup pertaruhkan apa saja demi menguatkan hubungan dan itu termasuklah mahkota diri sendiri.
Oleh itu, penting untuk kaum wanita membuka mata dan hati nurani sebesar-besarnya dan lihat tanda-tanda ini. Jika lelaki tersebut menunjukan tanda-tanda ini, bermakna dia hanya inginkan satu benda iaitu mahkota berharga kamu!
Perhatikan tanda-tandanya di bawah.
https://www.tiktok.com/@thequshayry/video/6922746090227862785?q=&lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Tidak Isytihar Hubungan
- Foto – Pinterest
Ini yang paling ketara sekali, bila mana lelaki yang kamu jalinkan hubungan itu tidak mahu mengesahkan secara umum yang kamu adalah pasangan dia.
Bila berhadapan dengan orang sekeliling, si dia bertindak berdiam diri atau tersenyum tanpa beri penjelasan apabila orang sekeliling bertanyakan siapakah kamu dan apakah status hubungan kamu berdua.
Tidak Pernah Telefon
- Foto – Eat This Not That
Bukan itu saja, hints yang ketara juga adalah dia tidak pernah ambil inisiatif untuk telefon dan bertanya khabar serta perihal kamu. Sebaliknya kamu pula yang terkejar-kejar selalu menelefon dan menghantar video atau pesanan ringkas kepada si dia.
Tidak Konsisten
- Foto – Canopy Health
Selain itu, dia juga bersikap acuh tidak acuh dengan kamu dan sering kali tidak konsisten terhadap hubungan yang terjalin antara kamu dan dia.
Jarang Keluar Dating
- Foto – Love Devani
Walau sesibuk mana pun pasangan, pasti akan diperuntukan jua waktu untuk menghabiskan masa bersama insan tersayang untuk mengeratkan hubungan kasih dua hati.
Tapi jika si dia memang sengaja tidak mahu keluar atau mengelak untuk keluar dating dengan kamu, maka ketahuilah ada sesuatu yang dia inginkan sebenarnya.
Selalu Jumpa Last Minute
- Foto – Life In A Balance
Biasanya apabila pasangan sedang hangat bercinta perkara yang ingin dilakukan kalau boleh adalah ingin berkepit 24 jam setiap hari dengan buah hati tercinta.
Tapi jika si dia sebenarnya tidak serius dalam perhubungan pasti si dia akan mengajak kamu berjumpa di saat-saat akhir, ibarat bila dia perlukan kamu saja baru si dia teringin membawa kamu keluar berdua.
Selalu Mengelak Bila Sentuh Soal Masa Depan
- Foto – iStock
Apabila dalam fasa menyulam perasaan cinta, pastinya soal masa depan acap kali dibualkan bersama pasangan yang benar-benar berkongsi matlamat untuk hidup bersama selamanya dalam ikatan yang sah.
Tapi jika si dia sering kali lari dari topik perbualan mengenai soal masa depan kamu berdua, ketahuilah itu adalah hints si dia tidak pernah mahu menjadikan kamu sebagai suri hatinya dan hanya mempermainkan perasaan kamu sahaja.
Tak Pernah Bawa Jumpa Keluarga Dan Kenalkan Dengan Kawan Baik
- Foto – The Economic Times
Satu lagi situasi yang ketara adalah si dia tidak pernah bawa kamu berjumpa dengan kedua ibu bapanya, kamu perlu fikir secara rasional jika si dia ingin memperisterikan kamu, perkara penting yang akan dilakukan biasanya adalah memperkenalkan kamu kepada ibu bapanya.
Tetapi setelah lama berkenalan si dia tidak pernah membawa kamu berjumpa ibu bapa, bukan itu saja si dia juga tidak pernah bawa kamu jumpa dengan kawan baik dia yang lain.
Tak Pernah Tunjukan Gambar Bersama Di Sosial Media
- Foto – Zoosk
Yang ini paling mudah untuk di kesan, pernahkah kamu bertanya kenapa gambar kamu tak pernah ada dalam sosial media si dia.
Seolah-olah ingin menunjukan bahawa dia masih solo, sedangkan kamu telah menjalin hubungan berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya.
Emosi Tidak Stabil
- Foto – Medical News Today
Petanda lain yang menunjukan si dia tidak serius dalam menjalin hubungan dengan kamu adalah emosi si dia kerap kali kelihatan tidak stabil.
Kadang-kala hawa nafsu yang cuba disembunyikan terkeluar sedikit demi sedikit sewaktu emosinya tidak menentu itu, dari situ terang-terang si dia bukanlah jejaka yang seperti apa kamu bayangkan.
Banyak Menyimpan Rahsia
- Foto – Elite Daily
Dan yang terakhir adalah kamu perhatikan sebenarnya si dia banyak menyimpan rahsia, tiap kali kamu meminta ingin melihat telefon bimbit dan aplikasi yang ada dalam telefon tersebut si dia akan berikan pelbagai alasan.
Dari situ kamu dah boleh agak yang banyak benda yang si dia rahsiakan dari kamu, dan mungkin apa yang si dia katakan sebelum ini pada kamu disaluti dengan tipu muslihat bagi menutup rahsianya.
Jadilah wanita yang bijak menilai hati dan sikap lelaki baik secara luaran mahupun dalaman, jangan biarkan diri kamu menjadi mangsa nafsu lelaki.
Selamat beramal!