Solekan hari raya terus cantik sempurna dengan beberapa titisan Bio-Oil.
Mesti ramai tak tahu, banyak sebenarnya kegunaan Bio-Oil bukan sekadar untuk menghilangkan parut, melembapkan kulit kering atau penuaan, kulit sensitif dan banyak lagi ingin dikupas hari ini.
Bio-Oil, Minyak Pelbagai Guna Penuh Ajaib
Bio-Oil dirumus secara unik daripada 7 bahan – ekstrak tumbuhan seperti Kalendula, Lavender, Rosemary dan Kamomil serta Vitamin A & E, dan bahan unggul PurCellin Oil™, yang membantu kulit menyerap khasiat dengan cepat agar kulit sentiasa halus dan lembut tanpa kesan melekit.
13 Cara Bijak Kamu Boleh Gunakan Bio-Oil
Minyak Muka
- Foto – L’Officiel USA
Bio-Oil merupakan non-comedogenic, yang bermaksud ia tidak menyumbat liang pori. Kandungan vitamin A yang tinggi memberi khasiat yang bermanfaat kepada sel-sel kulit. Jadi, ia pilihan yang baik dan lembut uituk rutin kecantikan diri.
Untuk Memudarkan Parut Jerawat
Ini sebab biasa orang menggunakan Bio-Oil di wajah. Sekiranya anda masih tertanya-tanya adakah Bio-Oil berfungsi untuk parut?
Ketahuilah bahawa dalam percubaan klinikal tahun 2012, 90% peserta melaporkan peningkatan ketara pada warna parut je rawat setelah menggunakan minyak ini.
Stretch Mark
Pakar dermatologi berkata walaupun stretch mark tidak dapat hilang secara kekal, Bio-Oil dapat berfungsi untuk mengurangkan penampilan dengan berkesan.
- Foto – Today
Semua ini kerana bahan yang terkandung, Bio-Oil mengandungi mineral oil, sunflower seed oil, vitamin E, chamomile oil, lavender oil, rosemary oil, marigold extract dan soybean oil. Minyak ini kaya dengan asid lemak dan antioksidan untuk menyokong dan melindungi kulit.
Hilangkan Parut
Sebelum menggunakan Bio-Oil, pastikan luka sembuh sepenuhnya dan parut tidak mengalami jangkitan, terasa lembut atau mempunyai keradangan.
Walaupun parut yang muda dan baru mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk diperbaiki, kajian menunjukkan parut boleh mendapat manfaat daripada penggunaan Bio-Oil yang kerap.
Selepas Manicure
- Foto – The Healthy
Kunci untuk menjaga penampilan manicure? Ada pada kutikel. Titisan Bio-Oil adalah salah satu perapi terbaik untuk kulit yang rapuh ini, cuba gosok (setelah kuku kering), dan lihat perubahan kuku lebih cantik dan makin sihat.
Sebagai Rawatan Sebelum Bercukur
Kulit rasa kering selepas cukur, Bio-Oil boleh menjadi penyelamat anda. Sapukan pada kaki kering sebelum cukur untuk hasil yang lebih licin, lembap dan tidak timbulnya strawberry leg (kaki berbintik-bintik).
Untuk Tanggalkan Solekan
- Foto – Medium
Terbaik untuk teknik double cleansing. Bio-Oil dengan mudah dapat menangggalkan semua benda yang kalis air, melekit dan serbuk.
Solekan Tambah Berseri
Campurkan serbuk bedak asas dengan beberapa titik minyak Bio Oil. Minyak Bio Oil akan menjadikan kulit muka tidak kering dan membantu membaik penampilan warna kulit yang tak serata.
Bio Oil tidak akan meninggalkan kesan berminyak pada wajah kerana ia akan diserap mudah ke dalam kulit anda untuk melembapkan kulit wajah anda.
Menenangkan Bulu Kening Selepas Dipantis
- Foto – Brow
Rasa sakit-sakit selepas pantis? Bio-Oil berkesan untuk menenangkan kulit dan kemerahan, jadi sangat sesuai untuk digunakan setelah selesai. Tips gunakan ekstrak lidah buaya untuk menenangkan kerengsaan dan kemudian sapu Bio-Oil.
Untuk Bersihkan Berus Solekan
Caranya dengan merendamkan dalam air bersama titisan Bio-Oil. Berus terus terlihat baru dan bersih untuk digunakan kembali.
Melembutkan Rambut
- Foto – Femina
Bagi mereka yang mempunyai tekstur rambut kasar dan kusut, Bio-Oil adalah pilihan yang baik untuk melicin dan melembutkan rambut, bahkan untuk menghidrat hujung yang kering.
Kulit Kepala Gatal
Sekiranya kulit kepala anda terasa sangat kering, titiskan Bio-Oil di syampu akan membantu mengurangkan kegatalan dan mengelupas.
Elak Kulit Mengelupas
Letak Bio-Oil di tempat sunburn dan urut untuk mengelakkan pengelupasan dan membantu kulit anda sembuh.
- Foto – Kamini
Hebatkan Bio-Oil! Macam-macam benda kita boleh guna dan manfaatkan fungsinya yang miliki banyak ramuan menakjubkan itu.
Semoga tips di atas bermanfaat dan anda dapat praktikkan.