Orang gelarkan kamu sebagai ‘perigi cari timba’ gara-gara kamu mahu mengorat lelaki terlebih dahulu?
Abaikannya kerana tak salah untuk mulakannya terlebih dahulu berbanding menunggu lelaki melakukannya.
Tetapi ada beberapa perkara yang kamu perlu tahu dan elak. Terutamanya jika kamu mahu mengorat menerusi mesej, jangan sesekali buat begini!
“Kenapa tak balas mesej balik?”
Bukan tak boleh tanya, tetapi dalam proses mengorat kamu perlu elakkan sehabis mungkin. Walaupun hati meronta-ronta mahu bertanya, kamu perlu bersabar terlebuh dahulu.
Bukan apa kalau kamu tanya begitu, si dia boleh menjadi annoy dengan kamu dan ambil langkah untuk block!
Kerap tanya lokasi si dia
Kamu perlu tahu bahawa kamu dengan si dia tidak mempunyai sebarang ikatan lagi. Jadi tak perlu untuk tanya di mana si dia berada.
Melainkan si dia dengan rela hati memberitahu lokasinya kepada kamu. Kalau kamu tanya, si dia boleh rasakan seperti kamu cuba untuk mengongkong dirinya.
Mode stalker “ON”
Ramai perempuan lakukan ini. Wanista faham selagi si dia belum menjadi milik kamu, perasaan ingin tahu dan keinginan untuk stalk itu makin menjadi-jadi.
Sebagai contoh, jika kamu beritahu yang kamu ternampak si dia di satu-satu tempat, pasti si dia berasa gerun dan rimas kerana rasa seperti kamu mengikutinya sepanjang masa.
Berhati-hati kerana kamu boleh melangkaui batas dan membuatkan si dia lari daripada kamu.
Tiba-tiba berubah tingkah laku
Pada awal hari kamu mesej si dia dengan suasana yang ceria dan gembira. Tetapi bila waktu petang atau malam berubah menjadi moody dan sebagainya.
Tidak konsisten dalam tingkah laku boleh buatkan si dia berasa rimas dan meluat dengan kamu.
Walaupun kamu dapat menarik perhatian si dia, tetapi jika mempunyai perangai ini si dia mungkin berfikir lebih baik untuk tidak meneruskannnya.
“Adakah kamu masih berhubungan dengan bekas kekasih?”
A big no! Jangan sesekali kamu berani bertanyakan hal ini pada si dia. Bukan apa, si dia mungkin merasakan kamu melampaui batas dan mencuba untuk mencampuri urusan peribadinya.
Walaupun si dia ada berhubungan, tetapi ia tidak bermakna si dia mahukan bekas kekasihnya semula. Mungkin juga dia hanya mahu bertanya khabar dan sebagainya.
Tanya sama ada si dia suka kamu atau tidak
Kamu baru sahaja mahu mengorat dan sudah bertanya hal itu? Perkara itu boleh membuatkan si dia menjadi turn off dengan perangai kamu.
Cukuplah kamu tahu jika si dia mahu dan sanggup meluangkan masa dengan kamu berjam-jam itu bermakna si dia menyukai kamu.
Terlalu banyak emoji
Kalau boleh lebih daripada satu emoji mahu diletakkan di dalam sebuah mesej, betul tak?
Jika kamu sering lakukannya, lebih baik elakkan selepas ini. Bukan apa, lelaki lebih gemar untuk membaca teks berbanding melihat emoji yang terlalu banyak.
Boleh gunakan emoji tetapi hanya gunakan sekitar satu hingga dua emoji sahaja. Ingat ya, take note semua tips ini.
Jangan sesekali mesej si dia begini kalau kamu mahu mengorat. Good luck!