Baju raya baru dah ada, sekarang nak cari pula hijab. Biar pagi hari raya cantik manis serba baru.
Entry kali ini, Wanista kongsikan beberapa hijab menarik untuk dimiliki Aidilfitri 2021, dari jenama Arianna Rose by Lisa, Kamoora, dan Argania Scarves. Semua boleh didapati di Bazaarlokal dan masing-masing berharga bawah RM100!
Semua hijab dengan rekaan yang minimalis tapi masih cantik dan dari fabrik yang berkualiti. Confirm akan terpikat bila melihatnya.
Basic Argania Scarves, Argania
Aidilfitri lebih ceria dengan tudung Argania, ada pelbagai warna untuk dipilih seperti Lilac Lemonade, Cream Puff, Sugar Plum, dan banyak lagi yang cantik menarik.
- Foto – Bazaarlokal
Dapatkan Tudung Argania Asas dengan harga MYR59.00 sahaja! Menggunakan material matte satin 100%, tudung ini sangat ringan, selesa dan sesuai untuk cuaca panas di Malaysia. Tambahan pula, tudung ini juga sangat sesuai untuk penampilan minimalis setiap hari.
Shawl Malika, Arianna Rose by Lisa
Shawl Malika ini tidak perlu diseterika dan menggunakan material seakan-akan jersi, menjadikan tudung kelihatan lebih kemas dan tersusun.
- Foto – Bazaarlokal
Dengan kristal yang menutupi jilbab, Shawl Malika ini menampilkan look yang mewah dan anggun. Harga sehelai ialah RM89, tetapi beli 3 dengan harga RM250.
Rose Satin Silk Shawl, Kamoora
- Foto – Bazaarlokal
Rose Satin Silk Shawl daripada Kamoora dibuat dengan menggunakan material sutera satin yang selesa dipakai, lembut, senang dibentuk dan dipertingkatkan lagi dengan rekaan yang eksklusif. Berharga RM99, ini adalah satu shawl yang wajib anda miliki!
Floral Silk Shawl, Kamoora
Floral Silk Shawl daripada Kamoora diperbuat dari material satin silk yang selesa dipakai, lembut, mudah dibentuk dan diserikan lagi dengan rekaan yang ekslusif dan cantik.
- Foto – Bazaarlokal
Dengan jahitan baby seam, shawl ini menjadi salah satu pilihan terbaik untuk penampilan Hari Raya Aidilfitri anda tahun ini! Harga RM99.
Argania Printed Scarves, Argania
Argania Printed Scarves adalah satu pilihan bagi mereka yang sukakan corak atau print. Merupakan tudung yang sempurna untuk dipadankan dengan baju kurung plain atau simple.
- Foto – Bazaarlokal
Lagi satu, ada ciri-ciri istimewa di mana ia mengawal bau dan antibakteria. Dapatkan sekarang dengan harga RM89 sahaja!
Sebenarnya banyak lagi yang menarik ada di Bazaarlokal. Pergi laman Facebook dan Instagram Bazaarlokal, di mana anda boleh dapatkan kod-promo bernilai RM1,000 yang boleh digunakan untuk berbelanja di Bazaarlokal.