Setelah putus, biasanya kamu akan ada perasaan kesepian atau mungkin rindu pada si dia. Jangan kamu yang sedang dalam perasaan akan terus mengambil smartphone dan mulalah menaip mesej berbaur sedih atau marah kepada si dia.
Mungkin kamu berfikiran si dia akan membaca mesej dan kesiankan kamu, tetapi kadang-kala hasilnya di luar dugaan, ada yang membalas dan ada juga yang membalas dengan kata-kata sambil lewa sahaja. Bila hal terjadi, hati kamu sakit. Kamu sendiri yang menyakiti hati sendiri bukan bekas kekasih.
Sebenarnya soal putus cinta harus dipertimbangkan sebaiknya, kalau masih cinta kenapa harus putus? Dan kalau sudah putus kenapa masih ingin melayan perasaan dan mengganggu kehidupannya?
Cuba jadi wanita yang bijak bila buat keputusan, jangan sesekali menghantar mesej berbunyi seperti kamu masih inginkan si dia walaupun memang itu yang kamu nginkan.
‘I miss you’
Mungkin kamu rasa kehilangan dan merindui si dia, tapi ingatlah ini perkara biasa pada awal perpisahan. Kamu mungkin belum bersedia kehilangan si dia dan masih mengharapkan si dia.
- Foto – My Wall
Bila kamu rindukan si dia, jangan pula pergi hantar mesej ‘i miss you’, silap hari bulan kamu juga yang sedih kerana si dia tidak menghiraukan kamu.
Daripada layankan perasaan lebih baik lakukan sesuatu yang boleh menyibukkan diri, sekurang-kurangnya kamu langsung tidak punya masa memikirkan si dia.
‘I minta maaf’
Sebelum menghantar mesej, pastikan bahawa kamu benar-benar sudah memikirkan apa yang sedang berlaku. Jangan hanya kerana kamu takut kesepian, kemudian minta maaaf dan inginkan hubungan itu semula.
- Foto – CBN
Ingat, semuanya sudah lepas dan tidak ada apa yang perlu dibicarakan. Walaupun kamu sedar bahawa ini adalah kesilapan kamu, biarkan dulu perasaan kamu dan si dia reda dahulu.
Rangkap Lirik Lagu
Adakalanya lirik lagu memang satu ekspresi perasaan yang tepat bagi seseorang. Tetapi, tidak semua orang menterjemahkan mesej dari lirik lagu itu sama.
- Foto – Buzzfeed
Seringkali juga mesej tersebut adalah satu kebetulan saja, jadi kamu tak perlu membesar-besarkan dan membuatnya menjadi seolah takdir bagi cerita cinta kamu.
Mesej Satu Perkataan
Kata-kata seperti ‘hi’, ‘hello’ mungkin adalah ungkapan sering dipakai seseorang untuk memulakan perbicaraan. Tak tahu bagaimana memilih kata yang paling tepat, dan hanya sekadar menguji respon si dia.
- Foto – Business Insider
Sekalipun hanya terdiri dari beberapa huruf, kamu tidak boleh meremehkan kata tersebut. Kerana di balik makna ‘hi’, ‘hello’, sebenarnya ada sedikit harapan di situ.
Ayat Kemarahan
Ada setengah orang ungkitkan semua masalah dengan kemarahan. Hubungan cinta kamu sudah putus, yang seharusnya tidak perlu dilanjutkan lagi dengan kemarahan melalui mesej sebegini.
- Foto – Stock
Bila kamu mesej marah-marah pada si dia, kamu hanya mengeruhkan hal sahaja, kamu yang penat, kamu seorang yang masih fikirkan si dia sedangkan si dia sebaliknya.
‘Thinking of you …’
- Foto – Ladies Club
Kenapalah nak malukan diri sendiri dengan tulis ‘thinking of you’. Kawal perasaan kamu, walaupun kamu merindui si dia tetapi jangan sampai beri mesej sedemikian. Tak perlu dan jangan tanya sebab apa.
Mesej Ucap Selamat Tinggal
Bila sudah putus cinta, maksudnya hubungan kamu dan si dia sudah selesai. Tak perlu nak beri mesej mengucapkan selamat tinggal pada si dia. Tak guna kerana si dia akan menghiraukan mesej tersebut.
- Foto – ThoughtCo
Putus bererti berpisah, dan kamu tak perlu mengulangi serta berusaha membuat diri sedar kalau hubungan sudah berakhir. Kamu harus menerima keadaan itu.
Mungkin awal-awal kamu rasa susah nak melupakan si dia, tapi percayalah sedikit demi sedikit perasaan itu akan terkubur dengan sendirinya.
Jangan seksa diri sangat okay, bertenang.