Penggunaan retinol semakin meluas dikalangan wanita, apatah lagi ramai yang mengakui keberkesanannya terhadap kulit muka wanita membuatkan ia antara produk yang paling mendapat sambutan.
Lagi pula wanita mana yang tidak mahu kelihatan menawan, awet muda dan kekal jelita kan? Ini adalah beberapa jenama retinol yang ahli farmasi kata bagus untuk wanita gunakan.
Tambahan lagi harganya juga berpatutan menjadikan ia pelaburan kecantikan terbaik buat wanita, nak tahu produk jenama retinol mana yang bagus, jom lihat di bawah.
@onynurhusni Reply to @aniessarifin ni antara brand Retinol yg kita boleh beli terus online✨ #fyp #skincare #retinol #drugstore #terimakasihguru #tiktokmalaysia
The Inkey List – Retinol
- Foto – Sephora/Cosmopolitan
Retinol dari jenama The Inkey List ini cukup dikenali ramai wanita kerana bebas paraben dan juga sebarang wangian.
Tambahan lagi, kandungan retinol yang terdapat dalam produk ini mampu membuatkan sel kulit tumbuh baik, menghasilkan kolagen, meminimakan tanda garis halus, kedutan dan mengembalikan kesihatan kulit.
Mana nak cari?
- Sephora [Tekan Sini]
- Shopee [Tekan Sini]
First Aid Beauty – Skin Lab Retinol Serum 25% Pure Concentrate
- Foto – Sephora/Coffee, Prose and Pretty Cloth
Inginkan kulit wajah yang licin, gebu, tanpa sebarang garis halus dan kedutan, kamu boleh mencuba serum retinol dari First Aid Beauty ini.
Serum yang di formula khas dengan keaslian retinol sebanyak 25 peratus ini, pasti dapat membuatkan kulit muka kembali berseri dan tampak seperti awet muda.
Mana nak cari?
- Sephora [Tekan Sini]
- Shopee [Tekan Sini]
Pixi – Retinol Tonic
- Foto – Amazon/Glamour Brands
Cemburu lihat kulit muka para remaja yang anjal, bersih tanpa garis penuaan, tonik retinol ini mampu membuatkan garis penuaan di kulit muka kamu hilang macam magik!
Mana nak cari?
- Sephora [Tekan Sini]
- Threebs [Tekan Sini]
Olay Regenerist – Retinol 24 Night Moisturizer
- Foto – Olay/The Zoe Report
Muka bak muda remaja apabila menggunakan pelembap muka ini, impian untuk miliki kulit anjal, gebu, kurang kedutan dan garis penuaan boleh jadi kenyataan dengan Retinol 24 Night Moisturizer.
Bukan itu saja, kulit juga akan menjadi lebih cerah, lebih tegang, bintik hitam berkurangan dan liang pori juga mengecil jika rajin menggunakan pelembap muka retinol ini.
Mana nak cari?
- Watson [Tekan Sini]
- Guardian [Tekan Sini]
The Ordinary – Granactive Retinoid 2% Emulsion
- Foto – Pinterest
Produk yang satu ini adalah rahsia wanita berusia miliki kulit yang bebas tanda-tanda penuaan, serum yang cukup ampuh bagi melambatkan serta meminimakan garis halus serta kedutan di muka wanita.
Mana nak cari?
- The Ordinary Skincare Malaysia [Tekan Sini]
- Zalora [Tekan Sini]
Hada Labo – Retinol Lifting + Firming Lotion
- Foto – Pinterest
Patutlah kulit lembut, gebu, anjal, cerah, dan nampak muda walaupun sebenarnya sudah berusia 40 tahun lebih, rahsianya sebab rajin pakai losyen retinol Hada Labo cemburu betul!
Mana nak cari?
- Watson [Tekan Sini]
- Guardian [Tekan Sini]
Paula’s Choice – Clinical 1% Treatment
- Foto – Pinterest
Ingin melawan tanda penuaan, kedutan, dan garis-garis halus di muka dengan berkesan? Clinical 1% Treatment dari Paula’s Choice ini, mampu melawan semuanya dan produk ini boleh digunakan untuk semua jenis kulit.
Tambahan lagi, produk ini juga akan membuatkan tona kulit yang tidak sekata kembali sama, dapat melegakan kulit yang kemerahan dan paling penting tidak menyebabkan iritasi pada kulit.
Mana nak cari?
- Paula’s Choice Skincare [Tekan Sini]
- Lazada [Tekan Sini]
Drunk Elephant – A-Passioni Retinol Cream
- Foto – Pinterest
Miliki kulit licin tanpa sebarang garis penuaan, anjal, dan tetap sihat sepanjang masa adalah impian wanita yang idamkan wajah yang jelita.
Dengan memakai krim retinol ini, kulit yang dahulunya dimamah usia kembali seperti zaman muda remaja semula, kandungan bahan yang terdapat dalam krim ini membuatkan ia krim ajaib buat wanita yang dambakan kulit flawless.
Mana nak cari?
- Sephora [Tekan Sini]
- Lazada [Tekan Sini]
Bagi kamu yang inginkan kulit sihat, anjal, tegang, cerah berseri, hilang garis halus dan kedutan, cubalah gunakan produk retinol yang ahli farmasi sarankan seperti di atas ini.
Selamat beramal!