Kenapalah selalu sangat rasa lapar masa bulan puasa ini, lagi pun bukanya tak sahur makan pun banyak tapi tetap juga rasa lapar pelik betullah!
Siapa yang sedang alami masalah ini, kamu perlu semak apa yang kamu makan ketika sahur mungkin ada makan yang kamu tak sedar makan merupakan penyebab kenapa perut selalu berasa lapar.
Nak tahu makanan yang mana buat perut kamu sering cepat lapar semasa berpuasa, intip jawapannya di bawah.
@ciciyacii Sahur dgn nutrisi lengkap ya agar kenyang nya awet #JanganKendorJagaImun #dietonlinecoaching #dietsehatku #tipsdietramadhan #ramadhan2021
Nasi Putih
- Foto – Pinterest
Nasi putih memang boleh membuatkan perut cepat lapar, kerana ia membuatkan gula dalam darah naik lalu menyebabkan rasa lapar muncul tak henti-henti.
Roti Putih
- Foto – Pinterest
Roti putih tidak mengandungi serat yang boleh membuatkan perut kamu kenyang, oleh itu jika kamu makan roti putih ini sewaktu sahur dan dalam beberapa jam nanti kamu akan berasa lapar semula.
Roti Croissant
- Foto – Cookist
Jangan terkejut kerana roti croissant memang tidak boleh buatkan perut kamu bertahan sehari suntuk semasa bulan puasa ini, kerana kombinasi lemak dan tepung putih hanya akan membuatkan kamu berasa cepat lapar dari biasa jika bersahurkan menu ini.
Kentang Goreng
- Foto – The Splendid Table
Bukan sepatutnya kentang boleh buat perut kenyang ke? Memang boleh kalau masak guna kaedah rebus dan bakar.
tetapi jika memasak guna kaedah menggoreng, minyak yang diserap pada kentang dan taburan garam pada kentang tersebut akan mempercepatkan lagi rasa lapar itu.
Aneka Jenis Mee Segera
- Foto – Deposit Photos
Ya, jika kamu makan mee segera ia juga boleh menyebabkan perut berasa cepat lapar kerana kandungan kalori, serat dan protein dalam mee segera adalah rendah dan tidak dapat membuatkan perut kamu jadi kenyang.
Apatah lagi untuk bertahan sepanjang hari sepanjang berpuasa ini nanti, oleh itu elakkan memakan mee segera ketika sahur dalam bulan ramadhan ini.
Donut
- Foto – Pinterest
Donut memang sedap tapi kuih ini boleh menyebabkan diri kamu berasa cepat lapar, apatah lagi jumlah gula yang terdapat pada donut menyebabkan gula dalam darah kamu naik lalu membuatkan diri berasa lapar sentiasa.
Putih Telur
- Foto – Food
Jika kamu makan telur rebus atau telur goreng dan mengambil bahagian yang putih sahaja, ia akan membuatkan perut kamu berasa cepat lapar dan untuk membuatkan perut kenyang sepenuhnya kamu harus makan telur putih dan kuningnya sekaligus.
Gantikan Dengan Makanan Ini Untuk Tahan Puasa Sepanjang Hari
- Buah-buahan tinggi serat seperti pisang, avokado, raspberry, epal, barli
- Quinoa
- Sayur-sayuran dan kekacang
- Daging
- Aneka jenis sup
- Ikan
- Oats
- Buah kurma
- Telur
- Kentang Rebus dan bakar
- Roti Gandum
- Susu
Bagi yang inginkan perut berasa kenyang sepanjang hari tanpa berasa lapar ketika berpuasa, kamu kena take noted dengan senarai makanan yang Wanista senaraikan diatas.
Semoga apa yang dikongsikan ini memberi sedikit-sebanyak ilmu pengetahuan, selamat beramal!