“Kau tengok, mualaf itu ada tatu di lengan boleh ke mengerjakan ibadah? Musykil betul bila tengok saudara baru bertatu ini, melakukan amal ibadah.”
Ini merupakan topik kegemaran ustaz dan ustazah instant, bila mana ternampak mualaf yang memiliki tatu mengerjakan solat di surau atau masjid.
Jadi persoalannya di sini adakah amalan yang dilakukan saudara baru ini sah dalam Islam? Ikuti kupasan penuh bersama Wanista di bawah.
Ustaz Azhar Idrus Beri Pencerahan
Menurut perkongsian dari Ustaz Azhar Idrus, amal ibadah yang dikerjakan mualaf bertatu adalah sah berdasarkan beberapa pandangan ulama.
Tetapi lain pula jadinya jika orang Islam bertatu dan lalu mengerjakan amal ibadah hukumnya haram, dan wajib membuang tatu tersebut.
Adapun situasi jika membuang tatu tersebut boleh merisikokan nyawa, maka dibolehkan untuk tidak membuang tatu tersebut dan lakukan ibadah.
Jangan Cepat Pandang Serong Dan Buat Spekulasi Sendiri
- Foto – Instagram Adam Corrie Lee
Selain ustaz Azhar Idrus, pelakon Adam Corrie Lee juga pernah ditanya persoalan yang sama sama ada solatnya sah atau tidak kerana ada yang melihat terdapat tatu ditangan pelakon mualaf ini.
Adam Corrie memberi maklumbalasnya di akaun Twitternya, dengan menyatakan amal ibadah yang dilakukannya adalah sah bagi mualaf (kerana mempunyai tatu sebelum masuk Islam), dan tak wajib buang tatu jika memudaratkan diri.
Tetapi haram hukumnya bagi orang Islam yang melakukan tatu di tubuh dan wajib buang tatu tersebut, tapi jika membuang tatu menjejaskan diri maka ia tidak wajib membuangnya.
- Foto – Instagram Adam Corrie Lee
Satu ketika dahulu Adam Corrie Lee pernah memuatnaik sebuah foto dirinya melakukan ibadah umrah di Mekah, pelakon mualaf ini menunjukan dirinya berpakaian ihram bagi saudara baru yang mempunyai tatu di tangan.
Cara pakaian ihram bagi suadara baru ini dapat mengelakkan fitnah orang ramai yang turut mengerjakan haji dan umrah di Mekah.
Islam Itu Mudah Dan Indah
- Foto – Swedish Nomad
Soal tatu sangat dititikberatkan dalam Islam, apatah lagi ramai saudara baru mempunyai tatu di tubuh badan mereka dan pastinya soal amal ibadah di terima Allah atau tidak merupakan isu penting bagi mereka.
Walau apa pun masalah yang muncul dikalangan saudara baru, InsyaAllah Allah S.W.T akan permudahkan urusan hambanya, apatah lagi Islam itu mudah dan indah.
Semoga perkongsian hari ini memberi pencerahan kepada kamu, selamat beramal!