Kita selalu dengar orang cakap ‘senaman kegel’, ‘senaman kemut’, tapi tahu ke maksud dan cara melakukannya?
Sebenarnya senaman kegel bukanlah satu yang asing untuk kebanyakan wanita dan pastinya ada yang pernah melakukan senaman ini tanpa sedar.
Sebelum kita belajar cara melakukan senaman kegel. Serba sedikit info tentang senaman kegel yang mampu menjadikan otot lebih kuat dan mampu mengawal gejala tidak diingini.
Apa Itu Senaman Kegel
Senaman kegel adalah senaman clench-and-release untuk menjadikan otot pelvis lebih kuat. Di dalam kumpulan otot inilah terletaknya bahagian alat sulit wanita iaitu otot vagina. Kebanyakan wanita mengalami masalah kelemahan otot pada bahagian sulit.
- Foto – Gym & Fitness
Otot kegel, iaitu lantai pelvis bertindak menyokong rahim, pundi kening, rektum dan usus kecil. Sebaik sahaja anda memahami senaman kegel, anda boleh melakukannya pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Nota – Senaman kegel dicipta pada tahun 1948 oleh pakar sakit puas Dr Arnold Kegel, yang menemui senaman ini sebagai rawatan tanpa pembedahan untuk kelonggaran genital.
Kenapa Kita Perlu Melakukan Senaman Kegel
Banyak faktor yang dapat melemahkan otot pelvis pada wanita, seperti kehamilan, kelahiran anak, penuaan, dan kenaikan berat badan.
- Foto – Medical Blog
Sekiranya otot lemah, boleh membawa kepada ketidak selesaan dan menyebabkan proses membuang air kecil terganggu.
Jadi, dengan rutin harian boleh membantu mengatasi masalah pelvis termasuk masalah membuang yang tidak teratur dan juga dapat meningkatkan kehidupan seks.
Cara Melakukan Senaman Kegel
Cara senaman kegel nadir dalam pelbagai versi dan berbebza-beza untuk setiap individu. Namun, kesemuanya berdasarkan 1 asas yang sama iaitu dengan mengetatkan otot pelvis.
Paling mudah boleh dilakukan dengan kemut otot dalam keadaan paha dan kaki dirapatkan perlahan-lahan sebanyak 20 kali (boleh dilakukan ketika duduk dan baring).
- Foto – stylesatlife.com
Pernafasan dikawal dengan menahan nafas selama lima saat semasa melakukan kemutan. Nafas dilepaskan perlahan-lahan secara serentak ketika melepaskan kemutan dalam pengulangan empat hingga lima kali.
Masalah Rahim Jatuh Boleh Juga Amal Senaman Kegel
Tahukah bagi yang menghadapi masalah rahim jatuh, boleh mengamalkan senaman ini kerana manfaatnya.
- Menyempitkan pembukaan ruang faraj yang renggang dan longgar.
- Membantu wanita mengatasi masalah mengawal kencing.
- Menghalang angin daripada masuk ke dalam vagina dan menyebabkan kentut vagina.
- Meningkatkan kualiti dan mengintimkan hubungan seks suami isteri.
- Menguatkan otot vagina seterusnya memudahkan proses bersalin dan mengurangkan risiko koyakan perinium semasa bersalin.
- Foto – The V Club
Sekiranya anda merasa sakit di perut atau punggung selepas senaman, itu adalah tanda bahawa anda tidak melakukannya dengan betul.
Lagi satu, jangan melakukan senaman kegel secara berlebihan. Sekiranya otot anda terlalu kuat, ia akan menjadi letih dan tidak dapat memenuhi fungsi yang diperlukan.