Teh Pisang, ada yang pernah minum tak? Baiklah, ini pertama kali Wanista dengar tentang teh pisang.
Satu video TikTok menyatakan minum teh pisang adalah rahsia anti penuaan yang diamalnya selama ini. Bila minum teh pisang, kulit bukan sahaja terlihat lebih muda bahkan badan terasa aktif bertenaga.
Apa kelebihan minum teh pisang? Sebelum itu, macam mana cara nak menyediakan teh pisang?
@dr.mamina Michiko has another one for you 🙏🏼 #tiktokdoc #dermatologist #fyp #learnontiktok #beautyhacks #fyp
Rebus Pisang Dalam Air Panas, Jadilah Teh Pisang
Cara teh pisang dibuat dengan merebus pisang (semua sekali) dalam air panas, kemudian keluarkan, dan minum bakinya.
Ia boleh dibuat dengan atau tanpa kulit, bergantung pada pilham anda. Jika dibuat dengan kulit sekali, biasanya disebut sebagai teh kulit pisang.
Kerana teh kulit piasang memerlukan waktu lebih lama untuk dibuat kerana kandungan seratnya yang tinggi, ramai memilih untuk ketepikan kulit.
Sebilangan besar orang minum teh pisang dengan sedikit kayu manis atau madu untuk meningkatkan rasa. Elok dinikmati pada waktu untuk membantu tidur.
Nutrisi Pada Teh Pisang
Teh pisang merupakan sumber vitamin B6, potassium, magnesium, manganese, dan copper yang baik. Potassium dan magnesium merupakan mineral penting untuk kesihatan jantung dan kualiti tidur.
- Foto – The South African
Manakala vitamin B6 membantu menyokong sistem kekebalan tubuh yang sihat dan pengembangan sel darah merah.
Namun, setiap kumpulan mungkin mengandungi jumlah nutrien yang berbeza-beza kerana perbezaan kaedah penyediaan dan masa pembuatan teh.
Minum Teh Pisang, Ini Manfaat Kesihatan Kamu Dapat
-
Mengandungi Antioksidan
Pisang secara semula jadi tinggi antioksidan, termasuk dopamine dan gallocatechin, yang dapat membantu memerangi radikal bebas dan mencegah keadaan kronik seperti penyakit jantung.
Kulit mempunyai kadar antioksidan jauh lebih tinggi daripada isinya. Oleh itu, tambahkan kulit ke dalam teh boleh meningkatkan pengambilan molekul ini.
-
Boleh Mengelakkan Kembung
Teh pisang tinggi potassium, mineral dan elektrolit yang penting untuk mengatur keseimbangan cairan, tekanan darah yang sihat, dan pengecutan otot.
- Foto – Mom Loves Best
Potassium berfungsi rapat dengan sodium, mineral dan elektrolit lain untuk mengatur keseimbangan cecair dalam sel anda.
-
Boleh Membantu Tidur
Jangan tak tahu, teh pisang telah menjadi alat bantuan tidur yang popular. Ia mengandungi tiga nutrian utama yang dikatakan membantu meningkatkan tidur – potassium, magnesium, dan tryptophan.
Pisang adalah sumber magnesium dan potassium yang baik, dua mineral yang dikaitkan dengan kualiti tidur yang panjang kerana sifatnya.
-
Rendah Gula
Teh pisang merupakan pengganti minuman bergula yang baik. Hanya sebilangan kecil gula dalam pisang yang dibebaskan ke dalam air semasa pembuatannya, bertindak sebagai pemanis semula jadi untuk teh anda.
-
Menyokong Kesihatan Jantung
- Foto – My Health
Nutrien dalam teh pisang boleh menyokong kesihatan jantung. Teh pisang mengandungi potassium dan magnesium, yang terbukti dapat membantu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.
-
Anti-Penuaan
Pisang mengandungi antioksidan tahap tinggi dan bertindak sebagai botox semulajadi, mencegah garis-garis halus dan kedutan terbentuk.
Kesimpulannya, teh pisang dibuat dari pisang dan air panas, dan kadangkala kayu manis atau madu. Ia menyediakan antioksidan, potassium, dan magnesium, yang dapat menyokong kesihatan jantung, membantu tidur, dan mencegah kembung.
Sekiranya anda ingin menukar sesuatu dan mencuba teh baru, teh pisang memang sedap dan senang dibuat.