Viral di TikTok dan Youtube, seorang wanita telah dikejarkan ke hospital selepas mencuba diet K-Pop idol kegemarannya, GOT7 Jackson Wang.
Dikenali sebagai Bora, dia telah mengikuti rutin diet tersebut selama tiga hari untuk mengetahui sama ada ianya berkesan atau tidak.
Apabila dia dikejarkan ke hospital, Bora menasihati orang ramai untuk tidak mencuba diet yang direka khas untuk idol tanpa tahu tahap kesihatan sendiri.
Boleh bertahan selama tiga hari sahaja
Semasa Bora mahu menjalani diet Jackson, dia telah pun mengikuti satu diet yang ketat mengikut tahap kesihatannya.
Tetapi untuk lihat keberkesanan diet idol tersebut, dia telah mendedahkan diri kepada beberapa jenis makanan yang ‘dilarang’ oleh pakar.
@borararax2 jackson wangs food choices literally make me sick 🤢 #fyp #kpop #jacksonwang #got7 #diet
Pada permulaan diet, Bora kelihatan baik sahaja walaupun dia telah mengurangkan karbohidrat dan fructose yang tinggi.
Walaubagaimanapun, dia hanya mampu mengikuti selama tiga hari apabila hari keduanya dia sudah menjadi sakit dan terus dikejarkan ke hospital.
Cuba ikuti rutin diet GOT7 Jackson Wang
Menerusi rutin diet Jackson, sarapan paginya terdiri daripada detox shakes yang mengandungi banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
“Saya tahu sarapan pagi tersebut merupakan salah satu perkara utama yang mempengaruhi tubuh badan secara negatif.”
Bora juga berkata dia tidak sepatutnya mengambil makanan yang mengandungi gula. Tetapi bagi mengikuti rutin tersebut, dia mengambil buah epal dan buah pir yang mengandungi gula yang tinggi walaupun secara semula jadi.
Hari Pertama
Sarapan pagi: Roti daging dan air
Snek: Rumpai laut, potato chips dan kepingan daging
Makan tengah hari: Detox shakes (buah-buahan dan sayur-sayuran) dan piza kobis bunga
Snek tengah hari: Roti pisang dan buah epal
Makan malam: Piza dan sup
Hari Kedua
Makan tengah hari: Corn chowder dan keju mozzarella
Snek tengah hari: Aiskrim
Makan malam: Salad
Terpaksa menjalani pembedahan
Selepas dikejarkan ke hospital, Bora terpaksa menjalani pembedahan bagi memasukkan tiub ke dalam lehernya. Kemudian, dia juga menjalani beberapa ujian nafas bagi memeriksa intoleransi glukosa dan laktosa.
Kesannya, dia terpaksa dipantau oleh doktor selama beberapa hari bagi mengembalikan keadaannya kepada normal.
“Saya menyesal kerana saya tak sepatutnya makan makanan yang dilarang dan tidak boleh diambil.”
Pada masa yang sama, Bora juga berharap agar orang lain berhati-hati dan tidak mencuba diet K-Pop idol mereka sesuka hati.
Jika mahu mencubanya juga, pastikan berjumpa dengan doktor terlebih dahulu kerana setiap tubuh badan seseorang berbeza daya keupayaannya.