Tak kisahlah baru belajar memasak atau sudah mahir, pasti soalan mengenai makanan dan masakan diutarakan setiap hari.
“Nak makan apa hari ini? Nak masak apa?”
Bukan apa kadang kala ramai wanita yang tidak ada idea untuk memasak. Setiap hari pasti ada yang scroll sosial media untuk mencari resepi baru.
Bila scroll, runsing pula sebab banyak sangat akaun sosial media yang kongsikan resepi. Kalau kamu tak tahu nak ikut yang mana, Wanista cadangkan 5 akaun yang best ini wajib kamu follow!
Khairulaming
“Hello, what’s up guys”
Popular dengan tagline tersebut, memang terngiang-ngiang suara Khairulaming di dalam kepala.
Akaun ini sangat sesuai untuk mereka yang bujang dan tinggal bersendirian. Bukan apa, resepi dan sukatannya memang senang difahami dan diikuti.
Menggunakan teknik voice-over, memang ramai tertarik dan tertunggu-tunggu dengan video baru masakan jejaka ini.
Che Nom
Pernah berkongsi pekerjaannya sebagai seorang jurutera sebelum ini, Che Nom kini telah beralih arah menjadi seorang YouTuber yang terkenal.
Che Nom yang juga menggunakan teknik voice-over bukan sahaja menerangkan secara terperinci mengenai resepinya. Malah dia juga sering berkongsi tips masakan yang ramai orang tak tahu.
Popular dalam kalangan para isteri, kamu boleh ikuti Che Nom di YouTube kerana resepi masakannya sangat mudah dan sedap!
Raffie Yusof
Berasal dari Terengganu, jejaka ini mempunyai kelulusan dalam bidang seni kulinari dan memiliki sebuah kafe di Dungun.
Di Instagram miliknya, Raffie sering berkongsi resepi dari hidangan lauk pauk Melayu, western sehinggalah ke pastri dan kek yang mudah difahami dan diikuti.
Sesuai untuk sesiapa yang mahu belajar atau mencari idea masakan, kamu boleh ikuti akaun sosial media Raffie Yusof di Instagram untuk kekal update dengan resepi baru.
Ashhryyyyy
Memiliki pengikut sehingga 416 ribu di Instagram, memang kecur air liur apabila melihat video dan gambar yang dikongsi di akaun Ashhryyyyy ini.
Dari segi sudut dan pencahayaan yang strategik membuatkan video masakannya menjadi kelihatan sangat sedap. Bukan itu sahaja, hasil masakannya juga sedap jika kamu ikut dengan betul.
https://www.instagram.com/p/CN9F0j8hDZH/
https://www.instagram.com/p/CM8VYsPBJfG/
Dapoq_Pdot
Terkenal dengan loghat utaranya, Dapoq_Pdot ini memang mudah diikuti dan menarik perhatian ramai orang.
Resepi yang mudah dan tidak menggunakan banyak bahan ini, membuatkan ramai yang mula ikuti akaunnya di Instagram.
Dari pencuci mulut sehingga hidangan lengkap untuk dicuba setiap hari, memang kamu perlu scroll sajalah untuk mencarinya.
Bagi yang kekurangan idea untuk memasak atau baru mahu belajar memasak, cuba ikuti 5 akaun ini. Memang boleh buat kamu kecur liur semasa mencubanya!
Kalau ada yang sudah mencuba salah satu resepi daripada akaun di atas ini, kongsikan dengan Wanista resepi apa yang kamu sudah cuba.