Wanista nak tanya, ARMY tahu tak sebuah kumpulan Ahjussis telah digelar sebagai BTS tahun 2050?
Memang viral di TokTok, kumpulan ini terdiri daripada 6 orang ahli yang rata-ratanya berusia dari akhir 50-an sehingga akhir 60-an.
Bukan sahaja membentuk kumpulan untuk menukar penampilan mereka, malah kumpulan ini juga melakukan beberapa modelling, dance cover dan sebagainya.
Nak tahu lebih lanjut mengenai Kumpulan Ahjussis a.k.a BTS 2050 ini, baca kupasan di bawah.
Hanya 6 orang lelaki berumur yang normal
Sebelum menjadi terkenal, dari cara pemakaian sehinggalah gaya hidup seperti lelaki normal pada usia mereka.
Kemudian keenam-enam lelaki ini telah mengambil keputusan untuk berubah dan tampil kemas walaupun usia semakin meningkat.
Bukan menjadi penghalang, mereka telah berubah menjadi lelaki berusia yang stailo dengan memakai sut dan bergaya seperti kebanyakan orang muda sekarang yang sesuai dengan usia mereka.
https://www.instagram.com/p/CMGJAtigm4e/
“Saya telah bekerja selama 1 tahun menjadi model senior. Sebelum itu saya sangkakan berpakaian kemas mengikut peredaran usia itu sudah cukup. Tetapi bila bekerja dengan ahli lain saya menjadi lebih muda daripada umur saya”, ujar salah seorang ahli Ahjussi.
Malah sekarang mereka menjadi lebih cekap dalam memilih fesyen dan gaya yang sesuai sebagai seorang model senior.
Bagaimana kumpulan Ahjussi boleh terbentuk?
“Sebelum kumpulan Ahjussis terbentuk, kami telah membuatkan kempen make-over iaitu “Tukar Gambar Profil Ayah Saya” selama 2 tahun”, ujar Kwon Jung-Hyun (pengasas The New Grey & Ahjussis).
Menerusi kempen tersebut, beberapa model senior telah menghubunginya untuk turut serta dalam kempen itu.
Melihatkan kesungguhan mereka, Jung-Hyun telah merekrut model senior dan mengajar mereka untuk mengambil gambar dan muat naik di Instagram.
“Pada permulaannya, mereka tak tahu bagaimana cara untuk menggunakan sosial media tetapi sekarang mereka sudah menjadi influencers apabila memuat naik video pendek di TikTok.”
Viral disebabkan oleh klip video pendek di TikTok
Nama kumpulan Ahjussis menjadi terkenal setelah video mereka di TikTok menjadi viral dan dikongsi oleh orang ramai.
“Video pertama yang membuatkan kumpulan ini viral adalah Ahjussi turun daripada escalator yang mempunyai gaya dan fesyen tersendiri.”
@thenewgrey_
Walaupun mereka tidak menyangkakan video ini menjadi viral, selepas ia dikongsi dan mendapat maklum balas daripada semua pengguna TikTok, kumpulan ini tekad untuk mengongsikan lebih banyak video yang menarik.
Ini yang dikongsikan oleh Kumpulan Ahjussis
“Saya malu pada awalnya kerana tak biasa dengan aktiviti begini. Merakam di tepi jalan raya di mana orang lalu lalang dan melihat kami menari di hadapan sebuah telefon.”
Tetapi lama-kelamaan mereka sudah terbiasa dan ditegur oleh beberapa orang anak muda selepas melihat video mereka viral di TikTok.
Malah di TikTok pula, ramai yang menggelar mereka sebagai kumpulan BTS 2050, Super Junior dan juga EXO.
Pada masa yang sama, seorang ahli Ahjussis juga mengatakan dia berasa gembira apabila dipuji oleh rakannya ketika berjumpa kerana pakaian yang fancy dan kemas itu membuatkan dia nampak lebih muda.
Selain itu, hubungan mereka dengan anak-anak menjadi lebih rapat apabila anak-anak mula mengambil bahagian dalam menggayakan ayah mereka sesuai dengan fesyen terkini.
Macam mana dengan pandangan kamu, kumpulan Ahjussi ini memang nampak stailo dan muda daripada usia mereka, betul tak?
Dalam banyak-banyak gambar dan video yang dikongsi, kamu lebih suka yang mana satu?