Wanita mana yang tidak berasa gembira dan bahagia apabila mendapat tahu diri sedang berbadan dua, tetapi di saat awal kehamilan seperti ini sesuai atau tidak menjalani ibadah puasa?
Bukan apa, setiap wanita menunjukan simptom-simptom yang berlainan tatkala usia kandungan masih baru dan jika menjalani ibadah puasa mungkin boleh menyebabkan risiko yang tidak diingini berlaku pada ibu hamil.
Ikuti kupasan penuh bersama Wanista, apakah risiko jika kaum ibu berpuasa di awal kehamilan.
Potensi Hidap Hipoglisemia
- Foto – CDC
Wanita yang berpuasa ketika di awal fasa kehamilan berpotensi menghidapi masalah hipoglisemia, atau masalah paras gula dalam darah jadi lebih rendah dari tahap normal dan masalah ini bukan saja memudaratkan si ibu malah memberi mudarat kepada kandungan juga.
Berat Badan Menurun
- Foto – Pinterest
Bukan itu saja, kaum ibu yang berada dalam fasa trimester pertama kehamilan tidak digalakkan berpuasa kerana khuatir berat badan akan menurun secara mendadak dan menyebabkan diri dan kandungan menjadi lemah.
Sering Rasa Nak Pitam Dan Morning Sickness Yang Teruk
- Foto – Arab News
Siapa yang tidak mahu menjalani ibadah puasa penuh dalam bulan ramadhan yang penuh barakah ini bukan, tetapi jika ibu mengandung berpuasa juga lalu menunjukan tanda sering rasa hendak pitam sedikit sebanyak boleh menjejaskan kandungan tersebut.
Begitu juga bagi wanita yang mengalami morning sickness yang teruk, tidak disarankan untuk menjalani ibadah puasa kerana khuatir memberi komplikasi pada kandungan yang masih kecil.
Darah Beku Dan Masalah Tekanan Darah Tinggi
- Foto – New Age Pregnancy
Para ibu perlu beri perhatian pada diri dan kandungan kerana diri kamu berpotensi mengalami masalah darah beku dan masalah tekanan darah tinggi yang tidak terkawal, jika tetap melaksanakan ibadah puasa sepanjang bulan ramadhan ini.
Risiko Gangguan Pembelajaran Pada Anak Yang Dilahirkan
- Foto – Science
Jangan terkejut jika bayi yang dilahirkan mempunyai masalah gangguan pembelajaran, kerana menurut Berita Harian terdapat kajian di luar negara yang menyatakan kaum ibu yang berpuasa semasa tiga bulan pertama fasa kehamilan berpotensi tinggi untuk anak yang dilahirkan mengalami masalah tersebut.
Bagi wanita hamil yang ingin menjalani ibadah puasa semasa bulan ramadhan ini, disarankan mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu kerana boleh berlaku sebarang komplikasi pada diri dan kandungan jika kamu berpuasa.
Semoga maklumat yang dikongsikan ini memberi pencerahan kepada semua, selamat beramal!