Kalau sebelum ini nak tahu bagaimana personaliti dan perwatakan seorang lelaki, sudah semestinya kita melihat dari segi tingkah laku, percakapan dan lain-lain.
Kali ini Wanista nak kongsi pula bagaimana melalui tangan lelaki sahaja kamu boleh tahu personaliti dan perwatakan dirinya.
Nak tahu bagaimana caranya, kamu perlu teruskan membaca sehingga habis okay.
6 Perkara Yang Kamu Boleh Tahu Melalui Tangan
Dalam kupasan kali ini, kamu akan tahu bagaimanakah perwatakan dan personaliti seseorang lelaki itu menerusi 6 perkara ini berkaitan dengan tangan.
-
Suhu Tangan
Melalui suhu tangan, kamu boleh tahu betapa yakinnya diri seorang lelaki. Adakah tangannya panas, sejuk atau neutral?
Jika suhu tangannya sejuk ketika pertama kali berjumpa, ia menunjukkan bahawa dia berasa gugup berada di sekitar kamu. Kalau terlalu sejuk, dia mungkin sebenarnya mengalami masalah peredaran darah.
Tetapi kalau suhu tangannya panas dan neutral, dia mempunyai peredaran darah yang baik dan berasa selesa berada di sekitar kamu.
-
Jari Lurus Atau Bengkok?
Bila bercakap tentang kelurusan jari, cuba kamu tengok sama ada jarinya betul lurus atau sedikit bengkok ke sisi?
Melalui jari yang bengkok ini, kamu boleh simpulkan beberapa keadaan seperti:
- Jari sedikit bengkok menunjukkan dia mempunyai beberapa masalah dalam jangka masa yang panjang.
- Jari tengah bengkok atau condong ke arah jari manis, ia tanda kebimbangan atau tekanan mengenai keputusan terutamanya dalam hal mengenai wang dan pekerjaan.
- Jari kelingking bengkok menunjukkan dia mengalami masalah berkaitan kepercayaan.
-
Tekstur Tangan
Melalui tekstur kulit tangannya, kamu boleh tahu sama ada seorang lelaki sensitif atau tidak. Lelaki yang memiliki tangan yang lembut mempunyai kecenderungan yang lebih sensitif berbanding tangan yang kasar.
Selain itu, jenis tekstur kulit tangan ini juga boleh dilihat dari segi 4 elemen seperti:
- Udara: Lelaki yang bekerja menggunakan komputer cenderung memiliki kulit jenis udara iaitu lembut dan kering. Individu ini cukup sensitif untuk berkongsi mengenai perasaan mereka.
- Bumi: Lelaki yang terlibat dalam kerja melibatkan penggeseran kulit yang menyebabkan tangan menjadi kasar ini cenderung berkongsi perasaan secara bebas.
- Api: Lelaki yang atletik dan aktid mempunyai kulit kering dan tak seberapa lembut cenderung menjadi sensitif.
- Air: Tekstur kulit tangan menjadi sedikit berkerut dan paling sensitif. Jaga-jaga, tekstur ini juga menunjukkan kemalasan.
-
Garis Di Tangan
Nak tahu sama ada seorang lelaki itu berbakat atau tidak? Cuba kamu lihat garis di tapak tangannya.
Bagi lelaki yang mempunyai banyak garis di tapak tangannya, ia bermaksud dia mempunyai beberapa perkara yang sedang berlaku dalam hidupnya yang boleh menyebabkan tekanan.
Tetapi jika kamu melihat seorang lelaki mempunyai garis tapak tangan yang sedikit, ia bermaksud dia memiliki keperibadian yang lebih santai dan tenang.
-
Kuku Jari Tangan
Melalui kuku jari tangan, kamu boleh tahu kualiti kesihatan seorang lelaki dan kaedah dia menjalani kehidupannya.
Pertama sekali kamu perlu perhatikan sama ada kukunya bersih atau kotor? Jika bersih ia bermaksud lelaki tersebut berhati-hati dalam menjaga dan mengambil berat mengenai kebersihan badan.
Selain itu, warna kuku juga memainkan peranan penting. Jika warna kuku berwarna merah, dia mungkin mengalami masalah tekanan darah tinggi. Atau jika berubah menjadi warna biru, ia bermakna dia tidak mempunyai oksigen yang cukup.
-
Cara Jabat Tangan
Melalui jabat tangan pun kamu boleh tahu bagaimana seseorang lelaki itu seperti tenaganya dan minat.
Jika lelaki berjabat tangan dengan kamu seperti ini:
- Berjabat tangan dengan tegas bermakna dia seorang positif, berkeyakinan dan bertenaga.
- Berjabat tangan dengan tidak bermaya dan merimaskan bermaksud dia kekurangan tenaga dan tidak berminat dengan kamu.
- Berjabat tangan dengan kuat sehingga sakit bermaksud dia seorang yang dominan dan mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk mengawal kamu.
Cuba fikirkan kembali, tak kiralah kawan, kekasih mahupun suami kamu adakah mereka menunjukkan beberapa ciri di atas? Jika ada, cuba kongsikan dengan Wanista yang mana satu.
Bagi wanita yang ingin mengenali seorang lelaki, cuba perhatikan beberapa tanda di atas untuk mengenali personaliti dan perwatakan si dia.