Kamu nak ikut tak trend potongan rambut baru yang tengah hangat di TikTok.
Twice Momo, Blackpink Lisa, kumpulan Haim dan influencer dilihat sakan menggayakan trend ini.
Sekiranya kamu aktif melayari Instgram atau TikTok, kamu mungkin pernah melihat trend rambut baru ini – potongan rambut Haim.
Potongan Rambut Haim Macam Mullet
Stail ini nampaknya betul-betul mendapat perhatian di media sosial. Menerusi hashtag #hime atau #himecut di Instagram dan TikTok, ramai betul orang mencubanya.
- Foto – Instagram
Ia serupa dengan mullet, iaitu rambut panjang di belakang dengan bahagian sisi pendek, bangs adalah pilihan tapi ramai merasakan cantik dengan bangs.
Berasal Dari Zaman Heian Jepun
Sebenarnya trend ini bukanlah baru. Ia dipercayai berasal dari zaman Heian Jepun (794–1185 CE), ketika wanita bangsawan akan menumbuhkan rambut sepanjang hidup mereka.
- Foto – Instagram
Ketika berusia 20 tahun, wanita bangsawan dalam tempoh Heian akan memotong bahagian depan rambut mereka semasa binsogi, sebuah upacara yang memperingati usia yang semakin meningkat.
#HimeCut Juga Dikenali “Anime Haircut”
Potongan rambut hime juga disebut ‘anime haircut’. Potongan ini dikaitkan dengan watak anime Kakegurui, di mana pelajar Yumeko Jabami mengenakan stail ini.
- Foto – Pinterest
Walaupun anime tersebut keluar pada tahun 2017, tetapi rambut Yumeko masih memberi impak sehingga sekarang.
Popular Sekitar 60-an Hingga 70-an Juga
Potongan hime juga menjadi pilihan wanita sekitar tahun 60-an hingga ke 70-an.
- Foto – Buzzfeed
Dalam temu bual dengan W Magazine, sejarawan rambut Rachael Gibson menjelaskan potongan ini jadi trend pada tahun 70-an kerana idola Jepun, Megumi Asaoka yang mempopularkannya. Malah, penyanyi ikonik Cher juga tampil dengan rambut ini sekitar akhir 60-an.
Nak Tukar Kepada Stail Hime, Tonton Tutorial Mudah
@ninachaan Do a hime cut 🎎 #fyp #anime #himecut #kakegurui #yumeko
https://www.tiktok.com/@funkyfitz/video/6867256210777738502?referer_url=https%3A%2F%2Fwww.buzzfeed.com%2F&referer_video_id=6928330369196461313&refer=embed&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Amacam berkenan tak dengan stail hime ini? Bolehlah tukar gaya untuk hari raya nanti. Barulah glamor!