Pernah terfikir tak rutin yang kamu lakukan setiap hari itu boleh bersihkan sisa mekap atau kotoran dengan mendalam dan berkesan?
Kalau nak tahu, ada banyak cara untuk bersihkan wajah daripada mekap. Antaranya kamu boleh bersihkan wajah gunakan cleansing oil, tisu basah, scrubs dan juga cleansing balm.
Tetapi dalam banyak-banyak produk tersebut, ramai yang mula menyukai dan memilih cleansing balm sebagai ‘penyelesaian’ terbaik untuk tanggalkan mekap.
Nak tahu cleansing balm mana yang best mengikut jenis kulit kamu? Wanista akan kongsikan dengan kamu beberapa jenama yang best dalam entri.
Sebelum itu, apa sebenarnya cleansing balm ini?
Untuk pengetahuan kamu, cleansing balm merupakan pencuci wajah bertekstur krim dan tebal yang dapat hilangkan kekotoran dan mekap dari kulit tanpa menjadikannya kering.
Berbeza dengan pencuci wajah lain, cleansing balm boleh digunakan di sekitar kawasan mata kerana ia diperbuat dengan minyak semula jadi yang tidak merengsakan kulit.
Selain itu, cleansing balm juga boleh membersihkan kulit dengan menghilangkan lebihan minyak yang cenderung menyumbat liang pori dan menyebabkan jerawat muncul.
Guna cleansing balm dengan cara yang betul!
Sesuai untuk kesemua jenis kulit termasuklah kulit bermasalah, cleansing balm ini berupaya mengekalkan kelembapan pada kulit dengan segera.
Nak gunakannya pun mudah sahaja, kamu perlu ikuti beberapa langkah berikut:
- Langkah 1: Sapukan cleansing balm di bahagian T-zone dan pipi dengan jumlah yang mencukupi.
- Langkah 2: Urut menggunakan jari dalam gerakan membulat selamat 2 minit.
- Langkah 3: Apabila cleansing balm mula cair, titiskan air suam ke kulit dan teruskan mengurut dengan lembut.
- Langkah 4: Kemudian ambil kain lembut, kapas atau tisu dan lap sisa-sisa cleansing balm di wajah.
Cleansing balm yang best ikut jenis kulit
Sama seperti produk yang lain, nak pakai cleansing balm pun kamu perlu cari yang sesuai mengikut jenis kulit.
-
Sesuai untuk kesemua jenis kulit
CLINIQE Take The Day Off Cleansing Balm [RM154]
ESTÉE LAUDER Advanced Night Micro Cleansing Balm [RM 205]
WISHFUL Clean Genie Cleansing Butter [RM 160]
-
Sesuai untuk kulit sensitif
DRUNK ELEPHANT Slaai™ Makeup-Melting Butter Cleanser [RM 148]
BANILA CO. Clean It Zero Cleansing Balm Purifying [RM 84.15]
CAOLION Magic Black Powder Cleansing Balm [RM 128]
-
Sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat
HEIMISH All Clean Balm [RM 75]
THE INKEY LIST Oat Cleansing Balm [RM 46]
BEAUTY OF JOSEON Radiance Cleansing Balm [RM 51]
-
Sesuai untuk kulit kering
FARMACY Green Clean Makeup Meltaway Cleansing Balm [RM 158]
DERMALOGICA Precleanse Balm [RM 254]
INTO SKIN Quick Fine Clear Cleansing Balm [RM 65.34]
Lepas ini kalau mahu tukar daripada cleansing oil atau mana-mana produk kepada cleansing balm, kamu boleh mencuba beberapa jenama di atas.
Bagi yang sudah mencuba, kongsikan feedbacks mengenai cleansing balm pilihan kamu dengan Wanista.