Tak dinafikan ramai hijabis mengalami masalah yang sama, iaitu masalah berkaitan dengan kulit kepala dan rambut.
Sebenarnya hijabis sering mempunyai tabiat yang salah dan tidak tahu cara yang betul untuk jaga rambut apabila memakai tudung.
Jadi hijabis, bagaimanakah cara yang betul dan patut diamalkan oleh kamu untuk menjaga rambut supaya sihat dan cantik?
Masalah ini yang sering hijabis hadapi
Menurut pakar, hijabis sering mengalami masalah kulit kepala seperti kelemumur yang berlebihan, kegatalan kulit kepala serta keguguran rambut.
Bagi masalah kelemumur dan kegatalan kulit kepala, ianya terjadi disebabkan oleh rambut yang basah atau lembab ketika memakai tudung.
Manakala sesetengah hijabis pula tidak suka mengamalkan kebersihan pada bahagian kepala dengan betul seperti tidak gemar menukar anak tudung dengan kerap.
Bagi masalah keguguran rambut pula, ramai hijabis suka lakukan ponytail atau sanggul dengan ketat. Penting untuk kamu tahu, cara ini akan berikan tekanan pada garis rambut kamu dan menjadi gugur.
Hijabis, jaga rambut dengan cara ini!
Banyak sangat trik dan tips tradisional mahupun moden sekarang ini. Tapi Wanista nak kongsi cara yang paling mudah dan praktikal untuk hijabis jaga rambut dengan betul.
#1 Jangan pakai tudung ketika rambut masih basah atau lembap
Kalau kamu nak tahu ketika rambut masih basah dan lembap, ianya mudah menjadi rosak, bercabang, kelemumur dan kegatalan.
Jadi biarkan kering atau gunakan hair dryer terlebih dahulu kerana kamu boleh wujudkan persekitaran untuk bakteria dan kulat pada kulit kepala kamu.
#2 Tukar anak tudung dengan kerap
Ramai yang menyangkakan anak tudung boleh dipakai seminggu atau sebulan sekali tanpa menukarnya. Sebenarnya ia salah!
Anak tudung perlu ditukar dengan kerap sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Ini kerana peluh di kepala akan diserap masuk ke anak tudung yang cenderung untuk pembiakan bakteria dan kotoran.
#3 Elak ikat terlalu ketat atau biarkan rambut
Ketika memakai tudung, kamu perlu elakkan daripada mengikat rambut terlalu ketat atau biarkan sahaja.
Jika mahu mengikatnya, pastikan kamu menukar posisi atau gaya ikat rambut dengan kerap seperti ponytail ke sanggul dan pelbagai.
Sekiranya kamu membiarkan rambut dalam satu posisi sahaja ia boleh menyebabkan tekanan pada garis rambut yang boleh sebabkan keguguran rambut boleh berlaku.
#4 Tukar jenis getah rambut yang digunakan
Getah rambut juga memainkan peranan penting untuk para hijabis. Kalau sebelum ini kamu menggunakan getah atau kain biasa, cuba tukarkan kepada scrunchies longgar yang diperbuat daripada sutera atau satin kerana ia bagus untuk rambut kamu.
#5 Pilih fabrik tudung yang sesuai
Bermacam-macam fabrik tudung dijual di pasaran sekarang ini. Walaupun banyak yang cantik tetapi penting untuk kamu pilih fabrik yang sesuai.
Cari material satin, kapas atau viscose. Memang sesuai dan selesa untuk hijabis pakai sepanjang hari.
#6 Penting gunakan hair mask secara berkala
Seberapa kerap kamu gunakan hair mask? Untuk pengetahuan kamu, hair mask perlu digunakan sebanyak 2 kali atau 3 kali seminggu.
Fungsi hair mask ini adalah untuk membuang rambut dan sel kulit mati di kulit kepala bagi menjaga rambut yang lain dan merawat supaya sihat dan bersinar.
#7 Kerap lakukan urutan kulit kepala
Penting untuk kamu lakukan urutan kulit kepala dengan kerap kerana ia adalah kaedah yang terbaik bagi meningkatkan peredaran darah dan kesihatan rambut.
Selain itu, kamu juga boleh urut menggunakan sikat sebelum mandi untuk membuang sel kulit mati atau penumpukan pada kulit kepala.
Memang senangkan cara yang dikongsi oleh Wanista? Jadi hijabis jangan malas untuk jaga rambut kalau mahukan ianya sihat dan cantik dalam masa yang panjang.
Selamat beramal!