Banyak sangat khabar angin mengenai pil kawalan kelahiran. Dan salah satunya adalah ia boleh sebabkan kemandulan, betul ke?
Nak tahu lebih lanjut mengenai apa yang dikongsikan oleh pakar berkaitan hal ini, baca kupasan di bawah.
Biar betul makan pil ini boleh mandul?
Dipetik dari Shady Grove Fertility, mitos yang popular ini tidak boleh menyebabkan seorang wanita itu mengalami ketidaksuburan atau mandul.
“Saya faham ada yang anggap pil ini menyebabkan mereka mandul kerana alami kelewatan dalam ovulasi dan haid. Bagi sebilangan wanita mereka memerlukan masa yang panjang untuk haid kembali dengan normal selepas berhenti mengambil pil ini”, ujar Dr. Robert Setton.
Sekiranya kamu berhenti mengambil pil kawalan kelahiran ini, jangan risau jika tidak datang haid sejurus selepas itu. Ini kerana haid kamu akan kembali selepas normal setelah badan dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang baru.
Mitos lain yang popular berkaitan dengan pil kawalan kelahiran
Selain daripada pil ini boleh sebabkan kemandulan, ada beberapa lagi mitos yang popular mengenainya.
Berat badan boleh naik dengan mendadak
Ramai yang fikir berat badan boleh naik dengan mendadak selepas mengambil pil kawalan kelahiran ini, tetapi sebenarnya tidak.
Walaupun pil ini boleh menyebabkan pengekalan cecair dalam badan, tetapi ia tidak menyebabkan kepada kenaikan berat badan. Malah punca utamanya adalah gaya hidup dan diet harian.
Nak kawal kelahiran hanya perlu guna pil sahaja
Selain daripada pil kawalan kelahiran, ada beberapa cara lagi yang boleh berikan kesan yang sama pada kamu.
Kamu boleh pertimbangkan beberapa cara ini untuk elakkan daripada hamil bagi tempoh tertentu seperti hormonal IUD, hormonal patch, kondom dan suntikan hormon.
Pil kawalan kelahiran hanyalah untuk elak kehamilan
Memang betul pil kawalan kelahiran boleh cegah kamu daripada hamil tetapi pil ini boleh digunakan untuk beberapa perkara lagi.
Antaranya adalah untuk mengatur kitaran haid, kurangkan kesakitan ketika haid dan digunakan juga dalam merawat masalah berkaitan gangguan pembiakan seperti endometriosis dan sindrom polycystic ovarian.
Makan pil kawalan kelahiran tak beri kesan kepada pengamalnya
Untuk pengetahuan kamu, pil kawalan kelahiran ini boleh menyebabkan kanser payudara, kanser serviks atau kanser thrombosis. Tetapi pil ini juga dapat mengurangkan risiko kanser endometrial dan kanser ovari dalam kalangan wanita.
Selain itu, wanita yang mengambil pil ini akan mengalami beberapa kesan seperti sakit kepala, perubahan kulit, pembengkakan payudara, perubahan mood dan juga kitaran haid tidak teratur.
Pada masa yang sama, wanita juga boleh mengalami kadar penurunan folic acid, Vitamin B, Vitamin C, Vitamin E, magnesium dan zink dalam badan.
Bagi wanita yang mahu mencegah kehamilan dan ingin mengambil pil kawalan kelahiran ini, dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor terlebih dahulu.
Ingat, jangan ambil tanpa sebarang pengawasan dan pantauan daripada doktor kamu. Selamat beramal!