Dalam dunia model dan peragaan hal-hal berkaitan ‘silent rules’ telah lama berakar-umbi, jadi tidak hairanlah banyak isu-isu ketidakadilan boleh berlaku dan ini termasuklah isu racism dalam bidang modelling.
Seorang model ternama Jourdan Dunn yang merupakan seorang model berkulit gelap meluahkan bahawa bayaran kerjanya tidak sama seperti bayaran model berkulit putih.
Hal ini dikongsi oleh Jourdan sendiri menerusi podcast TTYA Talk yang dipetik dari Unilad, Jourdan berkongsi pengalamannya sepanjang berada dalam dunia peragaan dan modelling ini.
Bayaran Berbeza Kerana Warna Kulit
- Foto – Instagram Jourdan Dunn
Menurut Jourdan kadar bayaran harian antara dirinya sangat berbeza dan tidak sama seperti rakan seindustrinya iaitu Kloss dan Delevigne meskipun mereka melakukan kerja yang sama. Dan semua ini adalah kerana berbeza warna kulit.
Tidak Mahu Lagi Menerima Layaran Sebegitu
Dipetik dari Unilad, Jourdan meluahkan rasa tidak puas hati dan amarah terhadap layanan yang tidak adil terhadap diri dan berfikir semua ini berlaku hanya kerana perbezaan warna kulit walhal kerja yang dirinya lakukan sama seperti model-model kulit putih yang lain.
Bangkit, Tahu Nilai Harga Dan Hak Diri
Jourdan mula berubah apabila melihat bagaimana model Victoria Secret, Chanel Iman menghiraukan mekap artis dan perbaiki mekapnya sendiri sebelum berjalan di atas pentas peragaan.
Dari situ minda Jourdan mula terbuka dan tahu bahawa diri melambangkan jenama yang dibawa dan harus kelihatan bagus tatkala membawa jenama di atas pentas peragaan.
- Foto – Instagram Jourdan Dunn
Kini Jourdan lebih matang dan tahu harga serta hak diri sebagai seorang model yang membawa jenama sesuatu produk, bukan itu saja Jourdan juga berkongsi bahawa dirinya kini mendapat banyak peluang dan ruang bagi mempamerkan kreativiti diri berbanding sebelumnya.
Sepatutnya dalam dunia modelling isu racism yang melibatkan konsep mekap, perbezaan warna kulit dan menjejaskan bayaran kerja seseorang model tidak sepatutnya berlaku dan ini menunjukan bahawa betapa syarikat, organisasi atau jenama itu sendiri bersikap tidak profesional.