Ramai yang tahu bahawa sunscreen memang wajib dipakai setiap hari tak kiralah berada di dalam rumah atau di luar.
Tapi lain pula di TikTok apabila pakar melarang orang lain mengikuti teknik yang dikongsi oleh Eli Withrow.
Dia telah mengenakan teknik sunscreen contouring iaitu fokus kepada dua bahagian sahaja bagi menghasilkan contour semula jadi.
Orang ramai makin terpengaruh dengan trend ini
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Eli Withrow iaitu seorang model di Los Angeles, dia mengatakan teknik ini sangat berkesan bagi mereka yang tidak mahu bergantung pada mekap.
“Letak sunscreen SPF 30 dan SPF 90 pada bahagian kamu mengenakan highlighter kerana matahari akan contour bahagian wajah yang menggunakan bronzer secara semula jadi.”
@elizabethwithrow I am convinced this works! #tutorial #contour #summer #lifehack #hack #beautyhack #snatched #tiktokwellness #hiddentalent
Untuk mendapatkan hasil tersebut, Eli menyarankan untuk orang ramai meletakkan sunscreen pada bahagian tulang pipi dan bawah mata sahaja.
@elizabethwithrow Sunscreen contour hack #wouldntwannabeanybodyelse
Ada beberapa pengguna TikTok yang lain terpengaruh dengan trik ini dan turut mencubanya.
@with_esther I’ll keep y’all posted #naturalface #spf #contour #summer
@with_esther Reply to @hnah.o._ #sunscreenchallenge #contour #tanning #sunsoutbunsout
@danielusshiss #fyp #viral #beach #tan #bronze #fry #lol #mcdonalds #famous
https://www.tiktok.com/@waterlily.s/video/6843882614298922246?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6893908700412200449
Memang berkesan tapi pakar kata…
Dipetik daripada The Sun, Dr. Simran Deo berkata sinaran UV matahari boleh menyebabkan kerosakan besar pada kulit terutamanya mereka yang berkulit cerah.
Tidak menggunakan SPF yang sesuai dan tidak menutupi bahagian badan yang terdedah, individu bukan sahaja boleh mengalami sunburn malah boleh rosakan kulit tanpa diketahui.
“Walaupun kamu menggunakan SPF untuk contour wajah secara semula jadi, tetapi ia hanyalah sementara dan boleh meninggalkan kerosakan kulit yang kekal dan tidak mudah untuk dirawat.
Sinaran UVA, UVB dan UVR boleh menyebabkan tanda penuaan awal seperti kedutan dan garis halus, kawasan hiperpigmentasi seperti lentigo atau melasma.”
Kesan daripada melakukan sunscreen contouring ini, ia boleh mengakibatkan kerosakan sel-sel kulit yang boleh menyebabkan kanser kulit, perubahan pra-kanser dan mempengaruhi imuniti dalam badan.
Manakala ahli farmasi Anusha Kaura pula mengatakan sesiapa sahaja boleh mendapat kanser kulit dan melanoma sekiranya tidak amalkan pemakaian sunscreen dengan betul.
“Sunscreen perlu digunakan dalam cara yang betul iaitu di seluruh wajah dan badan dan ianya tidak dapat digunakan sebagai gantian mekap iaitu sunscreen contouring atau apa sahaja.”
Selain itu Bruce Green iaitu seorang pakar chemistry dan pengasas SOS Serum juga memberitahu bahawa trik sunscreen contouring itu bukanlah satu idea yang perlu diikut.
Walaupun ianya kelihatan berkesan lebih daripada mengenakan mekap, tetapi menggunakan sunscreen yang berbeza SPF boleh rosakkan kulit pada tahap yang berbeza.
“Sekiranya wajah sudah rosak disebabkan oleh sinar UVA dan UVB, kamu tidak boleh berpatah balik kerana kamu telah mempercepatkan proses penuaan dengan mendedahkan wajah pada matahari tanpa sebarang pelindungan yang sempurna.”
Bagi kamu yang mahu lakukan trik ini, lebih baik kamu elakkannya. Memang berkesan tetapi untuk jangka masa yang panjang, ia sebenarnya tidak bagus dan elok dilakukan.
Guna sunscreen setiap masa dan lindungi bahagian yang terdedah kepada matahari bagi elakkan risiko kanser kulit berlaku. Selamat beramal.